Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Berkecil Hati, Isteri Muda Tak Pernah Halang Jumpa Anak! Aman Graseka Buka Mulut Kemelut Keluarga

Anak merupakan tanggungjawab dan amanah Allah kepada ibu bapa. Segala persiapan dari segi makan minum hingga lah pendidikan perlu diberi perhatian agar membesar menjadi seorang yang berguna.

Biar pun hubungan suami isteri sudah terputus, namun seorang bapa masih lagi berhak ke atas anaknya. Segala nafkah masih lagi berjalan sehingga mereka mampu berdikari dan hidup di atas tapak kaki sendiri.

Sejak akhir-akhir ini, kisah keluarga antara pelakon veteran iaitu Aman Graseka dan anak perempuannya Nur Dayini hangat dibualkan. Kejadian bermula apabila Dayini mendakwa ibu tirinya, Reena Ariana menghalang untuk berjumpa dengan bapanya.

Keadaan tersebut telah memaksa Mas Idayu yang juga bekas pasangan Aman Graseka tampil bersuara dan menyatakan hak bagi pihak anaknya. Mas Idayu mula naik angin kerana didakwa tidak pandai mendidik anak hingga sanggup kurang ajar dengan bapa sendiri dan ibu tiri.

AMAN GRASEKA TERASA DENGAN TINDAKAN ANAK

Setelah berepisod babak bermasam muka antara keluarga Aman, akhirnya Reena menjelaskan perkara sebenar. Dia memberitahu bahawa suaminya sudah lama tidak menghubungi Dayini kerana berkecil hati dengan tindakan anak gadisnya yang memburukkan ibu tiri di laman Instagram.

Tambah Reena, dia meyuruh Aman agar menghubungi Dayini namun dia enggan berbuat demikian. Malah ketika neneknya meninggal mereka juga tidak datang menziarah. Mungkin itu antara faktor Aman berkecil hati.

“Saya pernah ajak keluar sekali tetapi Dayini tak mahu. Lebih-lebih lagi selepas kami dah ada anak. Dayini tak boleh terima dia dah ada adik.” Jelas Reena.
BUKAN SEKAT NOMBOR ANAK TETAPI TELEFON DIGODAM

Sebelum ini timbul dakawaan yang Aman menyekat nombor anak di aplikasi WhatsApp. Menurut Reena, telefon suaminya mengalami masalah dan dipercayai telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sejurus kejadian, segala maklumat dalam telefon dan juga nombor kenalan semuanya hilang termasuklah mesej berkaitan kerja Aman.

“Ia macam kerja hacker yang cekap. Semua hilang secara automatik dan terpaksa lah apa-apa sahaja berkaitan kerja dan panggilan wartawan kena melalui nombor saya.” Tambah Reena lanjut.

Sebagai orang luar, sama-sama kita doakan agar kemelut keluarga Aman Graseka berakhir dengan baik dan menemui jalan penyelesaian kelak.

Kongsi artikel ini: