Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Perkahwinan merupakan perkara yang paling terindah bagi setiap pasangan. Namun membina bahagia di atas penderitaan orang lain antara perkara yang perlu dielakkan tetapi masih lagi menjadi pilihan ramai wanita di luar sana.
Sejak kebelakangan ini, isu berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang dilihat perkara biasa. Ibarat pisang goreng panas, ramai pula kaum wanita berebut atau menyasarkan suami orang sebagai pilihan untuk hidup senang.
Umum sedia maklum yang pelakon cantik iaitu Miera Leyana baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pasangan, Rosland Othman yang juga seorang usahawan pada 26 Julai lepas.
Tak sampai sebulan mereka berkahwin, timbul pula khabar angin yang kurang menyenangkan. Dalam satu pendedahan menerusi YouTube mendakwa Miera sebenarnya bermadu atau lebih tepat lagi berkahwin dengan Roslan yang berstatus suami orang.
Dalam video berkenaan turut mendakwa bahawa suaminya itu turut mempunyai tujuh orang cahaya mata dengan perkahwinan isteri pertama.
Diajukan soalan berkenaan, pelakon Lebuhraya Ke Neraka tersebut dilihat tidak mengiyakan atau menafikan dakwaan tersebut. Dalam pada masa yang sama, dia memberitahu yang dakwaan tersebut bukan juga sebab kenapa dia tidak mendedahkan identiti suami sebelum majlis akad nikah.
Akui Miera, dia berasa sedikit ralat dengan penyebaran video sedemikian yang ternyata telah menjatuhkan maruah diri dan juga air muka kedua-dua belah keluarga.
Menurutnya, dia tidak takut dengan perkahwinan yang dibina kerana ianya terjalin atas ikatan yang suci dan langsung tidak salah dalam agama. Tambahan pula, perkahwinan yang diadakan mendapat restu keluarga.
Sehubungan dengan itu, Miera memohon agar orang ramai atau pun peminat tidak terlalu cepat menghukum dan menganggap perkahwinan yang dibina sama seperti lakonan dalam drama.
Ini berikutan, ada mulut-mulut makcik bawang menyatakan yang Miera menjadikan suami sebagai urusan perniagaan.
Secara keseluruhan, sama-sama lah kita doakan yang terbaik buat pelakon berkenaan dan semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.