Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) merupakan langkah berperingkat yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dalam menangani masalah pandemik yang sedang melanda.
Banyak sektor ekonomi telah pun dibuka bagi mengukuhkan semula aliran kewangan dalam kalangan rakyat.
Dalam perkembangan semasa, pihak berkuasa telah membuat serbuan Ops Hiburan di sekitar Pekan Kuah Langkawi sekitar jam 2 pagi tadi. Sebuah pusat hiburan telah diserbu dan berjaya menahan 29 individu dan pemilik premis berkenaan.
Ini berikutan ingkar kepada arahan PKPP yang dikeluarkan. Yang menarik perhatian pada penahanan tersebut adalah seorang wanita berusia 39 tahun. Dia yang berjaya dicekup memberi alasan yang membuatkan pihak berkuasa garu kepala.
Jelasnya di ke premis berkenaan semata-mata untuk memerhati tingkah laku si suami yang dikatakan mempunyai teman wanita di pusat hiburan berkenaan.
Difahamkan wanita yang bergelar suri rumah itu sudah pun tiga kali berada di premis berkenaan semenjak PKPP hanya untuk menemani suami. Dia yang bimbang dengan sikap suami yang suka berfoya-foya menafikan turut mengambil minuman keras.
Tambahnya lagi, dia terpaksa meninggalkan keadaan rumah dan 4 orang anak mereka berumur antara 6 tahun hingga 16 tahun untuk menjamin keselamatan suami. Anak-anak hanya menyangka ibu bapa mereka berada di tempat kerja.
Sebelum ini suaminya tak pernah sentuh minuman keras. Merasakan yang suami berasa tertekan dengan keadaan tempat kerja sehingga sanggup berbuat demikian.
Susulan penangkapan, pasangan tersebut dikenakan kompaun berjumlah RM1,000 gara-gara ingkar dengan arahan PKPP.
Kesimpulannya, mengambil minuman keras adalah perkara yang diharamkan dalam agama. Sejauh mana tekanan yang dihadapi sebaiknya sujud dan pohon bantuan daripada Allah SWT.