Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bukan Lagi Rahsia! Ernie Zakri Dan Syamel Selamat Bertunang Dalam Majlis Serba Ringkas

Bukan sekadar sebagai menghormati adat, malah pertunangan adalah salah satu proses yang diajar dalam agama Islam sebelum individu itu mendirikan rumah tangga bersama pasangan.

Bertunang merupakan satu proses di mana kedua belah pihak berbincang mengenai majlis yang bakal diadakan dan menanda seseorang itu sudah pun dimiliki.

Bercerita mengenai majlis pertunangan, kisah cinta penyanyi terkenal antara Ernie Zakri dan Syamel bukan lagi khabar angin. Spekulasi yang bertebaran selama ini akhirnya terjawab apabila kedua mereka selamat mengikat tali pertunangan semalam.

PATUH SOP, HANYA KELUARGA TERDEKAT YANG HADIR

Majlis mereka diraikan dalam serba ringkas di kediaman Ernie namun tetap berlangsung dalam keadaan meriah. Hanya kehadiran ahli keluarga terdekat sahaja dalam majlis tersebut memandangkan menghormati prosidur operasi standard (SOP) dalam fasa PKPP.

Ditanya soal perasaan, Syamel meluahkan rasa lega dan bersyukur kerana majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Namun dia mengakui agak bimbang dengan untuk berdepan dengan ujian ketika melalui fasa bertunang.

Itu bukan lah isu besar. Jelas Syamel, dia dan Ernie akan cuba sebaik mungkin dalam menjaga diri dan juga batas pergaulan sepanjang waktu tersebut. Dalam pada masa yang sama, penyanyi bersuara serak basah berkenaan memohon agar para peminat doakan yang terbaik untuk perjalanan mereka ke jinjang pelamin.

MASIH BELUM PUTUSKAN TARIKH PERKAHWINAN

Mengenai tarikh perkahwinan, Syamel memberitahu yang dia serta tunang masih belum membincangkan tarikh tersebut. Apa yang pasti mereka enggan berada pada fasa pertunangan dalam tempoh yang lama.

Dalam majlis diadakan, dapat dilihat pihak Syamel menyerahkan tiga dulang hantaran dan dibalas lima oleh pihak Ernie.

Menjengah ke ruangan Instagram kedua selebriti tersebut, rata-rata peminat turut gembira dengan perkhabaran baik ini. Mereka mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan mendoakan pengakhiran yang terbaik untuk hubungan pasangan ini.

Biar pun cuba merahsiakan hubungan, peminat sudah dapat agak ada sesuatu istimewa antara kedua mereka kerana sering dilihat bersama-sama selama ini.

Sama-sama lah kita titipkan doa buat Syamel dan Ernie semoga dapat melalui fasa pertunangan dengan baik dan berbahagia ke anak cucu.

Kongsi artikel ini: