Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kita sering kali mendengar kisah sedih mengenangkan nasib ibu tunggal, kehilangan suami. Berbeza pada kali ini, apabila seorang bapa tunggal yang menjadi perhatian. Bukan mudah untuk seorang lelaki berdiri sendiri terutama membesarkan anak yang masih kecil.
Sebelum ini kisah pemuda yang berasal dari Kelantan iaitu Syazwan Najmi Zulkarni menarik perhatian ramai berikutan Allahyarhamah isteri Siti Nur Nasuha Shafie pergi menghadap Ilahi akibat mengalami komplikasi bersalin anak kembar mereka.
Awalnya Syazwan dilihat sukar untuk menerima takdir kerana isterinya langsung tidak menunjukkan apa-apa petanda. Namun siapa duga, Allah lebih menyayangi Nasuha. Membesarkan anak tanpa isteri membuatkan ramai kagum dengan semangat baru pemuda berkenaan.
Dalam perkembangan terbaru, Syazwan yang berumur 23 tahun ada memuat naik keadaan semasa anak kembar perempuannya iaitu Medina Safiya dan Medina Sofiya yang kini sudah pun mencecah usia 4 bulan.
Dalam pada masa yang sama, Syazwan ada memohon orang ramai agar memberi sokongan kepada perniagaan baru yang sedang diusahakan. Dia memilih untuk membuka butik tudung untuk menampung kehidupan mereka tiga beranak.
Menjengah kepada akaun Instagram butiknya itu, diberi nama Medina Scarf, dia baru sahaja memperoleh 300 pengikut. Sudah pasti ianya akan bertambah sejurus promosi dilakukan.
Platform media sosial seperti Instagram merupakan satu cara bijak untuk sesebuah perniagaan. Kena dengan cara pengiklanan sudah pasti ia membuahkan hasil yang mungkin tak tercapai dek akal.
Dengan sokongan orang ramai, sudah pasti akan memberikan Syazwan lebih semangat untuk membesarkan anak kembarnya memandangkan pelbagai keperluan yang diperlukan untuk menampung bayi kecil.
Melihat kepada reaksi netizen, rata-rata mereka memberikan semangat buat pemuda berkenaan agar jangan cepat mengaku kalah. Ujian yang Allah berikan tidak lebih daripada kemampuan hambaNya.
Semoga perniagaan yang Syazwan usahakan ini memberikan rezeki melimpah ruah untuk mereka tiga beranak kelak.