Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Berkira, Mewahkan Isteri Dengan Makanan! Netizen Wanita Luah “Cemburu” Lihat Pasangan Ini

Wanita diciptakan dari tulang rusuk kiri seorang suami. Ini menunjukkan betapa perlunya kasih sayang dan perlindungan buat mereka dalam menjalani kehidupan seharian sebagai pasangan bekeluarga.

Para suami kadang kalanya terlepas pandang melibatkan soal hati atau pun lebih tepat lagi nafkah batin sang isteri. Mereka yang sering disifatkan manja perlu diberi perhatian dalam pelbagai aspek. Sejujurnya mereka berhak mendapat layanan terbaik dari suami masing-masing.

Bukan harta yang menjadi ukuran, hanya sekadar meluangkan masa dengan melakukan aktiviti digemari bersama-sama sudah cukup untuk membuat hati seorang isteri tersenyum bahagia.

BAHAGIAKAN ISTERI DENGAN MEMEWAHKAN MAKANAN

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Ash memiliki cara tersendiri dalam melayan kerenah si isteri. Uniknya apabila dia sering sahaja membawa isterinya keluar untuk merasa bermacam-macam makanan yang sedap.

Dalam perkongsian terbaru, pemuda berusia 28 tahun berkenaan memuat naik satu video memaparkan gelagat isteri yang sedang menikmati beberapa jenis menu pencuci mulut. Sudah pasti ianya mengundang rasa “cemburu” wanita lain yang melihatnya.

Lihat sahaja perkongsian Ash, video yang dimuat naik telah meraih lebih 4 ribu tanda suka dan diulang kicau (retweeted) lebih daripada 10 ribu daripada para pengguna lain.

BETUAH ISTERI, BUKAN SENANG DAPAT SUAMI MAHUKAN PASANGAN BERISI

Menjengah kepada reaksi netizen, mereka menyifatkan pasangan Ash sangat betuah kerana memiliki suami yang faham erti kebahagiaan yang didambakan ramai wanita. Malah kemewahan makanan diberikan seolah-olah Ash tidak kisah sekiranya berat badan isteri meningkat.

Dalam pada masa yang sama, netizen turut dapat rasa kebahagiaan yang dilalui oleh isteri Ash kerana bukan mudah untuk cari lelaki yang rela melihat isteri berisi. Yang mereka tahu lepak dan juga bermain game.

TOLAK ANSUR ELEMEN PALING PENTING

Bagi penulis, pasangan adalah cerminan dari diri kita sendiri. Macam mana perwatakan diri, macam itu juga lah pasangan kita kelak. Para wanita perlu faham bahawa lelaki turut memiliki kehendak masing-masing.

Sehubungan dengan itu, tolak ansur dan saling memahami antara elemen paling penting dalam menjamin kebahagiaan rumah tangga.

Kongsi artikel ini: