Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Ramai golongan wanita berlumba-lumba untuk menamatkan zaman bujang dengan bekahwin dengan pilihan hati. Namun dalam mereka tidak sedar, statistik pencraian yang berlaku di Negara kita sangat tinggi pada usia yang muda.
Tidak dinafikan agama menuntut umatnya agar menghalalkan pasangan di usia yang muda bagi mencegah kemungkaran. Tetapi sebagai penganut yang baik, kita perlu persiapkan diri dengan banyak ilmu agama dan juga pemahaman tanggungjawab.Baru lah rumah tangga akan kekal bahagia.
Selebriti antara golongan yang sering menjadi perhatian ramai berhubung masalah dalam perkahwinan. Dahulunya tayang bahagia bagai nak rak tetapi bila dah kahwin lain pula jadinya.
Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik iaitu Nadia Brian. Dia yang selamat diijab Kabul dengan Muizz Nasruddin pada 9 November tahun lalu. Walau bagaimanapun, mereka masih belum lagi menemui rezeki untuk menimang cahaya mata sulong.
Dalam perkembagan semasa, peminat mendakwa bahawa rumah tangga pasangan berkenaan goyah. Ini berikutan Nadia tidak langsung memuat naik gambar bersama suami selepas kali terakhir pada Aidil Fitri lepas.
Pelbagai andaian yang dibuat sehingga mereka disifatkan sedang dilanda masalah. Tampil menjawab persoalan orang ramai, Nadia menafikan rumah tangga sedang bergolak malah mendedahkan bahawa hubungan dengan suami masih baik seperti biasa.
Jelas Nadia, dia tidak memuat naik gambar suami bukan lah bermaksud tidak bahagia. Dia cuma lebih selesa berkongsikan mengenai kerja. Tambahan pula kini sedang fokus kepada ibu dan neneknya yang berada dalam keadaan kurang sihat.
Tambah Nadia, Muizz tidak pernah menghalangnya daripada terus berlakon bahkan sentiasa menyokong kerjaya seninya. Namun dia dilihat mengalirkan air mata ketika dihujani soalan rumah tangga tersebut.
Lumrah dalam berumah tangga yang sudah pasti akan melalui pasang surut. Perselisihan faham pasti akan ada cuma yang membezakan adalah cara menangani. Semoga Nadia dan Muizz dalam keadaan baik dan kekal bahagia sentiasa.