Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Nabila Huda Buat Live IG Sedang Panik & Menangis! Nampak Kelibat Cuba Pecah Masuk Cetus Kebimbangan Peminat

Kejadian jenanyah atau pun pecah masuk rumah orang bukan lah perkara baru di negara kita. Saban hari ada sahaja kes baru yang melibatkan perkara sebegini yang menimbulkan rasa kurang selesa orang ramai.

IG LIVE NABILA HUDA JADI PERHATIAN

Selebriti turut sama berdepan dengan situasi sedemikian. Kejadian jenanyah boleh disifatkan sebagai malang tidak berbau dan itu yang berlaku terhadap pelakon terkenal, Nabila Huda.

Instagram pelakon berkenaan mendapat perhatian ramai peminat apabila pada beberapa jam yang lalu, dia ada memuat naik video di mana berada dalam ketakutan dan sedang menangis.

BERADA DALAM KETAKUTAN, NAMPAK KELIBAT MANUSIA CUBA PECAH MASUK

Menurut rakaman, Abil memberitahu yang dia ternampak kelibat susuk individu dewasa yang berada dalam keadaan mencurigakan. Tambahan pula individu berkenaan berada sekitar rumahnya menambahkan lagi rasa panik pelakon berusia 36 tahun berkenaan.

Ketika kejadian terjadi, difahamkan Abil bersendirian manakala anak dan suaminya tiada di rumah. Dapat diperhatikan keadaan Abil yang tak senang duduk membuatkan pelbagai soalan bermain di benak orang ramai sama ada ianya gimik atau benar-benar berlaku.

Apa yang dirisaukan Abil adalah jika rumahnya didatangi pencuri atau ada pihak yang cuba memecah masuk.

“Macam nampak tadi. Macam ada bayang hitam kat luar, besar tapi dia black colour. I tak nampak. Dia macam pakai baju hitam, something like that. I don’t know just nampak shadow. Tak kan pencuri?”
“Dah la suami tak ada, Keisha pun tak ada. Saya nampak macam ada. Wei tak kelakar, macam mana ni wei? Pintu kunci tak?” Tutur Abil ketakutan.
MASIH TIADA KHABAR BERITA

Sehingga kini masih lagi tiada khabar berita berkaitan video yang dimuat naik. Apa pun sama-sama kita doakan agar pelakon berkenaan berada dalam keadaan baik dan dilindungi daripada kejadian buruk.

Kongsi artikel ini: