Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kisah orang ketiga atau pun perosak rumah tangga orang lain dilihat sebagai satu trend dalam masyarakat kita. Lihat sahaja akhir-akhir ini, pelbagai cerita yang dikaitkan dengan wanita yang terjebak dengan cinta lelaki berstatus suami orang.
Sudah pasti hal ini bukan lah perkara biasa yang boleh kita biarkan. Orang lelaki pantang digoda sudah pasti akan terkena jeratnya bak kata pepatah ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.
Jadi kaum isteri perlu lah waspada dalam menjaga rumah tangga daripada diganggu orang ketiga. Mengulas soal wanita gold digger dan isu perampas, pelakon Syatilla Melvin tidak takut jika suaminya didekati oleh wanita lain.
Jelasnya, dia tahu bahawa suaminya, Sam tahu menjaga batas sebagai suami dan juga bapa kepada dua orang cahaya mata mereka. Tidak dinafikan bahawa Syatilla tetap terlintas di benaknya dan bejaga-jaga jika suami berubah hati.
Disebabkan itu lah dia kini sedang giat menceburi bidang perniagaan bagi mengukuhkan sumber kewangan. Ini kerana dia sendiri tidak tahu sejauh mana pendapatannya dapat dihasilkan hanya melalui lakonan.
Demi masa depan yang lebih baik, Syatilla perlukan simpanan sendiri tambahan pula jika rumah tangganya bersama Sam bergolak.
Dalam perkembangan semasa, aktres berkenaan sedang sibuk mengembangkan perniagaan jamu. Menurut Syatilla, dia sudah pun mengamalkan jamu sejak usianya 15 tahun lagi. Tambahnya, jamu sangat baik dalam mengekalkan hubungan intim suami isteri.
Tidak dinafikan bahawa produk jamu bukan lah perkara baru dalam masyarakat melayu kita. Ianya sudah pun diguna pakai oleh nenek moyang sejak berpuluh tahun dahulu lamanya. Cuma suka diingatkan agar berhati-hati dalam memilih produk dan sebaiknya memiliki kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).