Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dewasa ini, ramai dalam kalangan kita mengejar pendapatan melalui YouTube. Tidak dinafikan bahawa platform tersebut menjanjikan pulangan yang menarik sekiranya konten atau pun video yang dimuat naik mendapat perhatian penonton.
Walau bagaimanapun, seorang YouTuber perlu tahu tanggungjawab dalam menyediakan konten kepada masyarakat agar isi kandungannya memberi manfaat berbanding keburukan.
Di sini lah pendapatan kita akan dihitung sama ada ianya mengikut syariat Islam atau pun tidak. Memberi pandangan kepada isu ini, pendakwah sensasi iaitu Ustaz Abu Syafiq tampil mengemukakan pendapat tersendiri.
Jelas Ustaz Abu, dia menyatakan bahawa menjadi seorang YouTuber tidak akan menjamin kesenangan hidup di atas muka bumi. Ini berikutan pendapatan yang dihasilkan ada halal dan haram namun kebanyakan dari mereka adalah haram.
Kenyataan tersebut ditujukan kepada mereka yang mengambil kesempatan terhadap isu semasa dan memutar belit fakta sebenar sehingga timbul keraguan yakni ftnah dalam kalangan masyarakat.
Dalam perkongsian terbaru ustaz berkenaan, dia menyatakan bahawa penghasil konten di platform YouTube wajib bertaubat. Dia juga ada berseloroh bahawa kebarangkalian pandemik yang ada boleh berkurangan jika berbuat sedemikian.
Status berkenaan hanya lah ditujukan khas kepada mereka yang masih lagi berkeras menghasilkan video ftnah dan sengaja menyebarkan aib kepada umum. Dia tetap menyokong YouTuber yang menghasilkan video baik untuk meneruskan mata pencarian di platform berkenaan.
Kesimpulannya para YouTuber perlu fikir jauh ke depan soal halal dan haram. Kesan atau impaknya adalah pada penonton kelak kerana berkongsi perbuatan tidak baik yang disampaikan.