Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Masih Fikirkan Suami! Bekas Isteri Imam Muda Syed Faris Setuju Utk Selesaikan Nafkah Di Luar Mahkamah

Kisah rumah tangga Imam Muda Syed Mohd Faris bukan lagi rahsia. Hubungan pencraian antara dia dan isteri, Nur Hidayu mula diketahui umum pada penghujung bulan lalu. Hidayu mendedahkan sendiri perubahan yang berlaku pada Syed Faris selepas dia berkahwin dengan isteri kedua.

Sebelum ini, Hidayu mendedahkan bahawa mereka sudah pun berpisah dan dikasari oleh si madu berikutan suami meluahkan hasrat untuk melepaskan salah seorang dari mereka.

BERKAITAN: Tinggal Makanan Di Tempat Kasut! Isteri Sebak Perubahan Imam Muda Syed Sebelum Dilepaskan
HIDAYU SETUJU TUNTUTAN NAFKAH DIBUAT DI LUAR MAHKAMAH

Meniti nasib sebagai ibu tunggal, sudah pasti menjadi kesukaran buat Hidayu. Justeru perkara yang perlu dia pertimbangkan adalah soal tuntutan nafkah bagi pihak anaknya.

Dalam perkembangan semasa, difahamkan Hidayu ingin menyelesakan isu nafkah tersebut secara baik tanpa melibatkan pihak mahkamah. Ini berikutan proses tuntutan mengambil masa yang agak lama kerana mereka perlu meneliti beberapa aspek lain berkaitan pendapatan Syed Faris.

Pada Selasa, Hidayu telah menfailkan sulh iaitu tuntutan nafkah untuk anak-anak di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

PERLUKAN MASA UNTUK MENELITI KEADAAN KEDUA BELAH PIHAK

Walau bagaimanapun menurut Syed Faris pula, tuntutan yang dibuat oleh bekas isterinya itu terlalu drastik sekali gus mereka perlu mengambil masa untuk membuat perbincangan untuk mempertimbangkan keadaan kedua-dua belah pihak.

Dalam prosiding yang berlangsung selama dua jam berkenaan, kedua mereka tidak diwakili oleh mana-mana peguam. Dalam pada masa yang sama, Hidayu memaklumkan yang dia berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh bekas suaminya itu sepanjang proses sulh.

DIKURNIAKAN 5 CAHAYA MATA, PERNAH GUGUR 4 KALI

Sepanjang perkahwinan yang berusia 13 tahun, pasangan berkenaan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Sharifah Aisyah, Syed Husayn, Sharifah Fatimah, Syed Muawiyyah dan Sharifah Safiyyah.

Difahamkan juga Hidayu pernah mengalami keguguran sebanyak empat kali sepanjang mereka bersama. Pengorbanan tersebut sudah pasti sangat sukar untuk dicari ganti.

Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Nur Hidayu dalam memperoleh haknya sebagai ibu tunggal.

Kongsi artikel ini: