Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Jodoh dan pertemuan adalah terletak di tangan Tuhan. Sejauh mana perancangan yang dibuat yang pastinya mohon lah bantuan dari Ilahi kerana Dia sahaja yang tahu rahsia disebalik kejadian.
Setiap dari kita amat mengharapkan satu mahligai yang indah. Untuk mengecapinya sudah tentu kita memerlukan pasangan yang baik dan tepat pada waktunya. Siapa duga mungkin orang yang berhampiran dengan kita yang bakal membahagiakan hidup.
Momen ini lah yang dilalui oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Hamima di laman Facebook. Bercerita soal jodoh, Hamima tidak menyangka bahawa pendampingnya kini adalah pelanggan yang pernah membeli susu dengannya dahulu.
Difahamkan Hamima merupakan agen kepada susu keluaran selebriti popular iaitu Neelofa. Terdahulu dia bertemu dengan pasangan, Shakir Azman ketika mendapat pesanan untuk menghantar susu Nilofa. Dan bermula dari situ lah babak perkenalan mereka bermula.
Perkongsian tersebut ternyata mendapat perhatian bukan sahaja dari orang ramai bahkan Neelofa sendiri. Dikesempatan tersebut, Neelofa mengucapkan tahniah di atas perkahwinan yang dibina.
Malah menurut selebriti berkenaan, pasangan tersebut layak untuk menerima hadiah perkahwinan memandangkan jalan cerita pertemuan mereka yang sangat menarik dan unik.
Perkongsian Hamima mendapat lebih dari seribu perkongsian awam di laman Facebook. Melihat kepada reaksi pengguna, mereka menitipkan ucapan tahniah kepada wanita berkenaan dan pasangan.
Dalam pada masa yang sama mereka sempat berseloroh untuk turut sama ingin menjadi agen susu Nilofa hanya semata-mata ingin mencari jodoh seperti mana kisah Hamima.
Kesimpulannya, jodoh itu memerlukan usaha dari kita sendiri. Ianya tidak akan datang bergolek di depan mata tanpa kita mencarinya. Dalam pada masa yang sama sentiasa berdoa agar diberikan pasangan yang baik untuk mendidik diri agar jadi lebih baik kelak.