Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sedih melihat kehidupan anak muda pada masa kini. Hanya bertuhankan harta dunia, mereka sanggup melupakan tanggungjawab pada agama. Kaum wanita berpusu-pusu cuba untuk jadi lelaki manakala lelaki sebaliknya.
Bercerita soal jahil, sebenarnya perkara ini sudah pun wujud pada zaman nabi lagi. Oleh sebab itu lah kita perlu belajar dari kesilapan kaum-kaum terdahulu agar sejarah lama tidak berulang kembali.
Lihat sahaja di media sosial, semua pengguna berlumba-lumba tayang kemewahan diri dan sanggup memejam mata pamer kemungkaran. Sudah pasti trend sedemikian akan terus beranak pinak pada masa akan datang.
Usahawan sensasi yang sering sahaja menjadi buah mulut masyarakat iaitu Safiey Illias tampil sekali lagi dengan cerita kurang menarik. Belum lagi reda isu penampilannya yang sentiasa berubah wajah, kali ini dia mendedahkan menerima mesej berbaur l*cah dari seorang lelaki.
Beberapa jam lepas dia memuat naik gambar di mana seorang lelaki telah menawarkan diri untuk memuaskan Safiey Illias di ranjang. Walau bagaimanapun, usahawan berkenaan tidak melayan atau memberi respon terhadap ajakan tersebut.
Malah Safiey dilihat bijak apabila terus menyekat nombor lelaki yang tidak dikenali tersebut daripada terus menghubunginya.
Seperti dijangka, perkongsian Safiey mendapat bermacam-macam reaksi daripada pengikutnya. Mereka sempat menasihati usahawan kontrversi berkenaan agar tidak menghiraukan lelaki toksik yang sengaja untuk mengambil kesempatan.
Dalam pada masa yang sama, netizen turut berpendapat bahawa individu berkenaan sengaja untuk mendampingi Safiey hanya sebagai tuntutan duit semata-mata sehingga sanggup gadaikan diri.
Sudah pasti perkara sedemikian tidak boleh dipandang ringan. Ini menunjukkan bahawa dunia sudah puntenat apabila sesuatu kaum sudah lupa berkaitan fitrah asal dan kejadian sebenar untuk sesuatu jantina.
Semoga kita sentiasa dilindungi dan mendoakan agar mereka yang sesat kembali ke pangkal jalan dalam membuat kebaikan.