Gejala rsuah bukan lah perkara baru dalam politik mahupun pembangunan sesebuah Negara. Malaysia antara Negara yang turut berdepan dengan gejala ini yang mula menjadi duri dalam daging dalam agensi kerajaan.

Beberapa hari lalu, seorang lelaki yang juga pengusaha perniagaan burger iaitu Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut tampil berani membuat pendedahan berhubung aktiviti haram yang berlaku di sekitar Sungai Buloh.

3 PENGUAT KUASA MBSA BERJAYA DITAHAN PIHAK SPRM

Pendedahan berani mti tersebut akhirnya membuahkan hasil. Dalam perkembangan semasa difahamkan Suruhanjaya Pencegahan Rsuah Malaysia (SPRM) telah pun berjaya menahan tiga penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dipercayai menerima imbuhan perlindungan.

Ketiga-tiga penguat kuasa yang ditahan turut mengutip dan menerima rsuah secara bulanan bagi melindungi premis atau pun perniagaan haram yang ada di sekitar kawasan Sungai Buloh.

Mereka yang ditahan pada jam 9 pagi tadi adalah yang berusia antara 41 hingga 49 tahun dan dibawa ke pejabat SPRM Putrajaya bagi memberikan keterangan lanjut atas kegiatan yang dilakukan.

PENIAGA ROKOK BERKETURUNAN ACHEH TURUT DITAHAN

Dalam pada masa yang sama, pihak SPRM turut menahan peniaga rokok sludup berketurunan Acheh seperti mana yang didakwa dalam video rakaman Asri Janggut sebelum ini kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Peniaga Acheh berkenaan telah memulakan perniagaan sejak 2019 lagi dan menghulurkan wang perlindungan kepada peguat kuasa yang terlibat sebanyak RM300 sebulan.

PENGUAT KUASA MENERIMA WANG ANTARA RM300 HINGGA RM3,500 SEBULAN

Tak cukup dengan itu, dilaporkan penguat kuasa yang ditahan dipercayai menerima rsuah sebanyak RM300 hingga RM3,500 sebulan untuk melindungi sesebuah perniagaan.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya menggesa agar mana-mana pihak tampil untuk memberikan maklumat berhubung aktiviti rsuah dalam kalangan penguatkuasa.

Dia memberi jaminan kepada orang ramai bahawa identiti pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya.

Sehubungan dengan itu, diharapkan tahap integriti dalam kalangan kakitangan awam mahu pun penguat kuasa dapat ditingkatkan demi mendapatkan kepercayaan menyeluruh dari orang awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here