Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

SPRM Dah Mulakan Kerja! Penguatkuasa Melindungi Aktiviti Haram Di Sg Buloh Akan Disiasat

Akhir-akhir ini hangat di media sosial apabila seorang lelaki bertindak berani mendedahkan kegiatan haram yang berlaku sekitar Sungai Buloh. Lelaki yang yang dikenali sebagai Asri Janggut yang juga pemilik Hot Burger Malaysia turut meluahkan rasa kesal apabila pendedahan yang dibuat sekadar dipandang sinis.

Baru-baru ini Asri memuat naik video di mana dia menunjukkan pihak berkuasa gagal dalam memantau atau menggunakan kuasa undang-undang berikutan didakwa aktiviti haram tersebut sudahpun “dilindungi”.

Video yang dimuat naik di halaman Facebook Hot Burger Malaysia berdurasi 13 minit 28 saat mendapat jumlah tontonan hampir 6 juta manakala video kedua berdurasi 8 minit 29 saat pula ditonton lebih 1.4 juta penonton.

SPRM MULA JALANKAN SIASATAN ISU AKTIVITI HARAM DI SUNGAI BULOH

Mengambil serius isu semasa, Suruhanjaya Pencegahan Rsuah Malaysia (SPRM) terbaru sudah pun memulakan siasatan terhadap pegawai mahu pun mana-mana anggota penguatkuasa yang terlibat dengan aktiviti haram tersebut.

SPRM juga akan bekerjasama dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPs) untuk meneruskan siasatan yang didedahkan oleh Asri Janggut. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM iaitu Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.

JIPs AKAN MENYALURKAN MAKLUMAT

Untuk memudahkan siasatan ini, pihak JIPs akan bekerjasama menyalurkan maklumat kepada SPRM jika ada pegawai serta anggota polis yang terlibat dengan kegiatan perlindungan seperti didakwa.

“Kami memandang serius berhubung isu yang ditularkan dalam dua klip video yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rsuah daipada pihak terbabit.” Jelas Ahmad Khusairi.

TERDAHULU KETUA POLIS SUNGAI BULOH MENYANGKAL DAKWAAN ASRI

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh iaitu Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakwaan yang dikeluarkan Asri dan menyatakan ianya satu ftnah serta sengaja menjatuhkan reputasi PDRM dalam mengawal keselamatan Negara.

Dengan isu ini, pelbagai reaksi dilontarkan oleh orang ramai. mereka menyatakan sokongan kepada Asri Janggut yang berani mendedahkan perkara tersebut kepada umum. Apa pun semoga perkara ini dapat disiasat sehingga ke lubang cacing terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab menyalahi undang-undang.

Kongsi artikel ini: