Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kesal Dengan Kesilapan Diri, Opie Zami Sah Bercrai Talak Satu Dengan Zamzarina

Kadang kala ujian yang hadir dalam hidup ini mematangkan kita di kemudian hari. Segala pengalaman buruk yang pernah dilalui memberi peringatan kepada kita agar tidak mengulanginya di masa depan.

OPIE ZAMI SAH BERCRAI TALAK SATU DENGAN ISTERI

Bercerita mengenai ujian hidup, pelakon dan pengarah Opie Zami dikhabarkan telah pun bercrai talak satu dengan isteri iaitu Zamzarina Mohamed. Proses pencraian mereka dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Selepas mendengar lafaz crai dari Opie atau nama sebenarnya Mohamad Soupi Zami, Hakim Syarie iaitu Ahmad Mahir Zanial telah memerintahkan Zamzarina untuk menjalani proses edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Mengulas mengenai masalah rumah tangga, Opie yang ditemui di luar mahkamah memberitahu yang dia reda apabila perkahwinan yang dibina mereka hampir 17 tahun lamanya ranap begitu sahaja.

AKUI SALAH DIRI SENDIRI, PELBAGAI USAHA DILAKUKAN NAMUN GAGAL

Jelas Opie, pelbagai usaha telah pun kedua mereka lakukan namun apakan daya jodoh mereka sehingga hari ini sahaja. Pengarah berkenaan memberitahu yang isterinya tidak salah dalam soal rumah tangga. Semuanya berpunca dari diri yang gagal membentuk isteri.

Tidak pula Opie jelaskan secara terperinci punca perpisahan. Cuma dia ada memaklumkan yang mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak 3 Ogos yang lalu.

“Isteri saya tak salah. Saya yang salah kerana gagal membentuk isteri saya menjadi isteri yang misali.”
“Isteri saya bagus, seorang ibu yang baik. Punca pencraian terlalu peribadi untuk saya kongsikan.” Jelas Opie lanjut.

KEMELUT RUMAH TANGGA BERLARUTAN SEJAK TAHUN 2010

Menurut Zamzarina pula, dia memaklumkan yang kemelut rumah tangga mereka bermula sejak tahun 2010 lagi. Dan ini bukan lah kali pertama mereka ke mahkamah berkaitan rumah tangga.

Tambah Zamzarina lagi, selepas ini dia akan fokus untuk menuntut hak penjagaan anak dan juga urusan berkaitan nafkah.

Pasangan tersebut yang mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Shah Saidi, Aliff Shah Syedi dan Arrif Shah Saidi.

Semoga segala urusan Opie dan bekas isteri dapat diselesaikan secara baik untuk proses seterusnya melibatkan hak dan penjagaan anak-anak.

Kongsi artikel ini: