Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dr. Amalina Selamat Bertunang Dgn Kekasih Mat Saleh! Majlis Bakal Diadakan Di 2 Negara, Tarik Perhatian Netizen

Kelibat Dr. Amalina Che Bakri sering kali menjadi perhatian rakyat Malaysia. Semenjak pencapaiannya ketika menduduki SPM 2004 dahulu yang memperoleh 17A1 membuatkan ramai netizen turut berasa bangga.

Bercerita mengenai kehidupan peribadi figura ini, ramai rakyat Malaysia mula ingin tahu perancangan masa depan memandangkan dia sering kali memuat naik gambar bersama kekasih hati.

Tidak dinafikan bahawa setiap antara kita mengharapkan kehidupan yang baik sahaja terutama melibatkan rumah tangga. Begitu juga dengan Dr. Amalina apabila dia dilihat lebih berhati-hati menjaga soal hati dan memberi laluan kepada kerjaya terlebih dahulu.

DR. AMALINA SELAMAT BERTUNANG DENGAN KEKASIH

Doa peminat akhirnya dimakbulkan Tuhan apabila perkongsian terbaru doktor tersebut memaklumkan yang dia sudah pun dilamar dan betunang dengan kekasih hati, yang juga merupakan warganegara Britain.

Dapat diperhatikan gambar manis yang dimuat naik dimana kekasih hatinya itu sedang menyarungkan cicin pertunangan ke jari manis Dr. Amalina.

MAJLIS PERKAHWINAN BAKAL DIADAKAN DI DUA NEGARA, MALAYSIA DAN UK

Dalam pada masa yang sama, dia mengakui yang mereka kini sedang merancang untuk menyiapkan majlis perkahwinan yang akan diadakan di Malaysia dan juga United Kingdom kelak.

Walau bagaimanapun, tidak pula dia dinyatakan secara terperinci tarikh atau pun masa untuk bakal majlis tersebut.

NETIZEN TURUT GEMBIRA, TAK HENTI HENTI UCAP TAHNIAH

Berita baik berkenaan sudah pasti mendapat maklum balas yang positif dari pengikutnya di Instagram. Rata-rata mereka mengambil peluang ini mengucapkan ribuan tahniah kepada Dr. Amalina yang akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang.

Sumber Instagram

Netizen juga mengakui yang tidak sabar untuk melihat kemeriahan majlis perkahwinan mereka yang mungkin akan mendapat liputan meluas nanti.

Sama-sama kita doakan agar segala perancangan Dr. Amalina dan pasangan akan dipermudahkan dan menemui titik bahagia sehingga ke anak cucu.

Kongsi artikel ini: