Hairan juga penulis dengan sikap masyarakat kita. Dahulu bersemangat untuk abaikan usahawan kontrovrsi Nur Sajat, namun kali ini lain pula jadinya.

Biar pun diri sering dilanda dengan pelbagai kisah kurang baik, usahawan berkenaan dilihat tenang menjalani saki baki hidupnya.

SAJAT HADIAHKAN IBU KERETA MEWAH

Beberapa hari lepas, dia baru sahaja berkongsikan video di mana menghadiahkan ibu tersayang dengan sebuah kereta mewah berjenama BMW. Tujuan Sajat berbuat sedemikian untuk menghargai pengorbanan ibu yang membesarkannya selama ini.

Jelas usahawan yang masih dibelengu status jantina, dia memberitahu bahawa kasih sayang seorang ibu sukar untuk dicari ganti dan tiada tolok bandingnya dengan harta dunia yang boleh dicari.

ADA NETIZEN YANG KAGUM

Dalam pada masa yang sama, Sajat meluahkan rasa kecewa apabila dewasa ini ramai anak-anak yang sanggup bertindak menghantar ibu dan bapa ke rumah orang tua sedangkan banyak lagi pilihan yang ada.

Ternyata perkongsian Sajat ini membuahkan hasil apabila pengikutnya yang memuji kebaikan yang ditunjukkan. Mereka berpendapat untuk abaikan seketika kisah silam Sajat dan mengagumi layanan yang dia berikan kepada orang tuanya.

BARU JE BERBUAT BAIK, MUAT NAIK VIDEO BERCIIUM

Dalam keadaan netizen memuji kebaikan yang dilakukan, semalam boleh pula Sajat memuat naik satu video bersama kekasihnya Jadooss. Apa yang menjadi perhatian adalah video berkenaan yang boleh mengundang pelbagai persepsi kurang baik.

Memandangkan kita berada dalam Negara Islam dan budaya melayu yang tinggi, seharusnya Sajat perlu lebih peka atau pun berhati-hati ketika berkongsi aktiviti di media sosial.

TUTUP RUANGAN KOMEN

Dalam video berkenaan telah memaparkan aksi Jadooss telah menciium Sajat. Perkara tersebut sudah pasti tidak manis dipertontonkan kepada umum, apatah lagi bagi mereka di bawah umur.

Tahu akan hal itu dihembur hebat oleh netizen, Sajat dilihat terlebih awal menutup ruangan komen.

 

View this post on Instagram

 

I wish some nights lasted forever ,, i love you my husband @jadooss 🌹♥️ #tb #nursajat23 #jadooss #lebanon #love

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on

Kesimpulannya, perkara kurang baik sedemikian perlu dipandang serius oleh pihak berkuasa. Kisah lama yang belum reda timbul pula isu baru yang mengundang bermacam rasa kurang selesa dalam kalangan masyarakat.

Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik terhadap usahawan berkenaan agar tidak terlalu mengikut rasa hati.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here