Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Usia Nak Masuk 40 Tahun, Dayang Nurfaizah Dedah Asbab Sehingga Kini Statusnya Masih Solo

Penyanyi bersuara lunak iaitu Dayang Nurfaizah tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia yang memulakan kerjaya nyanyian sejak usia 18 tahun lagi, telah mencapai kejayaan tersendiri dalam dunia muzik tanah air apabila berjaya menghasilkan 7 album sepanjang karier.

Sudah pasti bila bergelar selebriti ramai yang mula memberi perhatian kepada kehidupan peribadi penyanyi kelahiran dari Kuching, Sarawak berkenaan. Memandangkan usianya sudah pun menjengah 39 tahun, sehingga kini Dayang dilihat selesa dengan status solo.

SIBUK DENGAN KERJAYA HINGGA LUPA BELUM BERPUNYA

Biar pun sering kali dikaitkan dengan rakan duet, Hael Husaini namun tiada tanda-tanda sahih berkaitan khabar angin tersebut. Jelas Dayang, dia mengakui yang dirinya sangat cerewet terutama memilih pasangan hidup.

Tambahan pula dia terlalu fokus dengan kerjaya sehingga terlupa dirinya masih belum dimiliki. Biar pun sering diasak dengan pengamal media berkaitan hal peribadi, penyanyi berkenaan tidak tertekan bahkan menganggap kaum wanita perlu bersikap cerewet soal perkahwinan.

Hal demikian berikutan rumah tangga bukan suatu perkara yang boleh dipandang ringan. Tegasnya tiada siapa yang berkahwin ingin berakhir dengan perpisahan. Justeru, kaum wanita perlu pilih pasangan yang tepat dan serasi baru lah dapat mencapai kebahagiaan.

“Saya cerewet bukan sahaja soal kerja malah mencari pasangan hidup pun sama. Setiap wanita harus fikir begitu dalam memilih teman hidup. Ini bukan perkara main-main kerana jika boleh, kahwin hanya sekali dan dijauhkan perpisahan.”
MENCARI LELAKI BUJANG, BUKAN KEPUNYAAN SESIAPA

Dalam pada masa yang sama, mengulas mengenai ciri-ciri lelaki yang dicari, Dayang berkata yang dia lebih mencari kepada lelaki bujang dan bukannya suami orang. Dengan itu dia meminta agar peminat mendoakan yang terbaik urusan jodohnya kelak.

“Saya masih solo dan belum ada teman istimewa. Doakan saya. Apa yang pasti, saya mencari lelaki bujang, lebih tepat bukan kepunyaan sesiapa.” Memetik laporan Berita Harian Online.

Kesimpulannya, masing-masing miliki perancangan sendiri berkaitan jodoh. Sudah pasti setiap insan mengharapkan pengakhiran yang baik dalam kehidupan mereka terutama lelaki pilihan.

Sama-sama kita doakan agar Dayang Nurfaizah menemui ciri-ciri lelaki idaman sebagai peneman hidupnya kelak.

Kongsi artikel ini: