Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Sambut Ulang Tahun Ke-28, Harga Beg Yg Diberikan Kekasih Ruhainies Pula Jadi Perhatian

Lumrah kehidupan sebagai wanita yang memiliki sifat yang rumit. Maksud rumit yang cuba penulis sampai bukan bertujuan memburukkan mereka. Lihat sahaja sifat semula jadi kaum wanita yang kadang kala mereka sendiri keliru dengan kehendak masing-masing.

Otak kiri dan kanan sambung menyambung menjadikan pasangan mereka sukar meramal sehinggakan perkara kecil boleh jadi punca perselisihan faham. Contohnya adalah tarikh. Seorang wanita sangat menitik berat soal tarikh terutama hari jadi, lamaran, ulang tahun pertunangan, perkahwinan, dan macam-macam lagi.

Sudah pasti hal ini merumitkan bagi lelaki yang suka mengambil mudah dalam semua perkara. Namun berbeza dengan selebriti kecil molek iaitu Ruhainies. Dia sangat bertuah kerana dikurniakan buah hati yang sangat memahami kehendak sebenar seorang wanita.

RUHAINIES TERIMA HADIAH BEG PULUHAN RIBU

Meraikan ulang tahun yang ke-28 semalam, yang juga sambutan ketiga dia bersama buah hati kesayangan yang hanya dikenali sebagai Mr. E, Ruhainies bersyukur hubungan mereka masih kekal bahagia.

Memberi penghargaan kepada pelakon berkenaan, difaham Mr. E telah menghadiahkan seutas beg tangan mewah edisi terhad pada kali ini. Sehingga hari ini, pelakon berkenaan telah menerima lebih daripada enam beg mewah dan setiap satunya dianggarkan bernilai puluhan ribu.

“Macam beg tangan, harganya tidak perlulah saya kongsikan. Cuma ya, saya boleh kata dalam puluhan ribu. Hadiah istimewa untuk yang tersayang, mengapa tidak?”
“Lagi pun saya memang suka berikan hadiah edisi terhad yang tidak mudah didapati di mana-mana untuk Ruhainies. Bagi saya dia seorang yang cukup istimewa di mata dan ia bukti cinta sejati saya terhadapnya.” Jelas Mr. E.
KEKASIH SUDAH BERSEDIA UNTUK JADI SUAMI RUHAINIES

Melihat kepada hubungan pasangan ini yang semakin serius, Mr. E yang juga seorang ahli perniagaan mengakui sudah pun bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami. Mereka sudah pun berbincang soal fasa seterusnya kehidupan mereka.

Namun mereka masih menunggu giliran dan menunggu kakak Ruhainies iaitu Risteena terlebih dahulu melangsungkan perkahwinan. Jelas Mr. E, jika tidak ditakdirkan pada tahun ini, mereka akan mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Sudah pasti para peminat tidak sabar melihat hubungan mereka berakhir di jinjang pelamin. Semoga perancangan pasangan ini ke fasa berikutnya dipermudahkan dan menemui titik bahagia.

Kongsi artikel ini: