Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Menangis Tak Berlagu! Remaja Kena Kompaun RM1K Letak Mask Bawah Hidung, Cetus Amarah Rakyat Marhain

Kehadiran pandemik Covid-19 merupakan sesuatu igauan buat penduduk dunia. Lihat sahaja sejak beberapa bulan lalu sehingga saat ini, banyak Negara mula haru biru dalam mengawal situasi daripada terus merebak.

Kes di Negara kita dilihat mula menarik perhatian angkara kluster Sivagangga. Justeru langkah terbaik dalam mengekang jangkitan adalah dengan menjaga kebersihan di tahap tertinggi dan pemakaian penutup muka ketika berada di tempat awam.

KOMPAUN RM1,000 KEPADA YANG GAGAL PAKAI PENUTUP MAKA

Dalam perkembangan terbaru, kerajaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa kompaun sebanyak RM1,000 akan dikenakan kepada mereka yang gagal memakai penutup muka pada keadaan tertentu.

Hal ini diambil berikkutan semakin ramai dalam kalangan kita yang sambil lewa kepentingan kesihatan. Biar pun tindakan kompaun sebenarnya memberi impak yang baik, namun ada sesetengah pihak berasa tidak wajar dengan keadaan tertentu.

Mereka menyifatkan kompaun serta merta perlu dikaji memandangkan pemakaian penutup muka secara berterusan sesuatu yang merimaskan dan kadang kala perlu dibuka bagi pernafasan yang lebih selesa.

REMAJA MENANGIS KENA KOMPAUN HANYA KERANA…

Dalam perkembangan semasa berkaitan arahan baru kerajaan, tinjauan di Twitter menunjukkan seorang remaja menangis selepas dikenakan kompaun gara-gara penutup muka diletakkan di bawah hidung.

Perkongsian tersebut ternyata mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Rata-rata warganet meluahkan rasa berang dengan tindakan pihak berkuasa yang langsung tiada budi bicara.

Malah mereka turut membandingkan keadaan di mana orang kenamaan atau lebih tepat lagi golongan menteri turut gagal memakai penutup muka namun tiada tindakan dikenakan ke atas mereka.

TINDAKAN KOMPAUN PERLU DIPERHALUSI, ADA BUDI BICARA

Pengguna Twitter turut menzahirkan rasa simpati kepada remaja berkenaan yang tidak bernasib baik. Lagi pula dia bukan tidak memakai langsung penutup muka tetapi sekadar mengambil nafas hela seketika.

Sumber Twitter
Sumber Twitter

Semoga dengan teguran dan pandangan dari rakyat dapat didengari oleh pihak bertanggungjawab. Tindakan kompaun adalah tidak salah jika ianya disusuli dengan amaran dan juga budi bicara.

Sebagai rakyat marhain ada kalanya lalai. Sebaiknya SOP mengenakan kompaun perlu diperhalusi agar rakyat berpuas hati dalam semua aspek memandangkan angka RM1,000 merupakan sesuatu nilai yang besar bagi mereka bergaji RM1,500 sebelum ditolak KWSP dan SOCSO setiap bulan.

Kongsi artikel ini: