Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Selebriti yang sering sahaja menjadi perhatian peminat iaitu Zarina Anjoulie tidak perlu diperkenalkan lagi. Sejarah silamnya mungkin membuatkan ramai kurang senang dengan artis cantik ini.
Kita perlu sedar bahawa tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Selesa disapa Anju, dia mula bangkit setelah gagal dalam perkahwinan pertamanya dengan jejaka Brunei, Pangiran Mohd Ilham Syazwan.
Baru-baru ini dia kelihatan sangat bahagia apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan kekasih baru, Eilyas Azhar yang sering kali memberi dorongan segala aktiviti yang Anju lakukan.
Terbaru, laman Instagram Anju menarik perhatian ramai terutama peminat wanita apabila dia berkongsikan gambar selfie bersama adik lelaki. Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa Anju sudah pasti tahu yang pelakon berkenaan sangat jarang bergambar dengan ahli keluarga mahu pun mendedahkan kepada umum.
Hanya pada majlis-majlis tertentu sahaja Anju akan berbuat sedemikian. Dengan pendedahan wajah adik lelakinya itu, ramai yang teruja sehingga mendapat tanda suka lebih dari 20 ribu dalam hanya beberapa jam perkongsian.
Mana tidaknya, wajah adik lelaki yang mirip bapa mereka ditambah pula ala-ala pan asia menjadikan peminat wanita tak senang duduk.
Menjengah ke ruangan komen, benar sangkaan penulis apabila ramai peminat wanita terjatuh hati tanpa sengaja. Bukan sahaja kagum dengan ketampanan adik Anju malah sempat berseloroh memanggil Anju sebagai calon kakak ipar mereka.
Tak kurang hebatnya, wanita berstatus isteri orang turut sama terpaku bergurau senda sambil mencuba nasib mengurat adik Anju tersebut.
Jangan teruja sangat kerana menurut Anju adik lelakinya sudah pun mempunyai kekasih hati dan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.