Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Drama bersiri 7 Hari Mencintaku 2 yang disiarkan di slot Akasia TV3 sangat memberikan impak kepada penonton. Jalan cerita bukan sahaja hidup dilakonkan oleh Siti Saleha sebagai Mia Adriana dan Shukri Yahaya sebagai Khuzairi.
Malah yang menjadi pedebatan ramai adalah watak antagonis yang dibawakan Liza Abdullah sebagai Mak Leha dan pelakon baru kelahiran Pulau Pinang, Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain.
Dapat diperhatikan setiap episod yang disiarkan, ada sahaja watak Nurul Ain yang menimbulkan rasa geram dan amarah penonton. Mana tidaknya, disebalik penampilan bertudung dan berwajah tidak bersalah, ada permainan lain yang cuba dia aturkan untuk merosakkan hubungan Mia dan Khuzairi.
Setelah memberi impak mendalam dalam industri lakonan tanah air, dikhabarkan pemegang watak Nurul Ain telah diserang di laman Instagram. Malah menurut Wafariena, dia pernah diugut untuk dismbah asid serta dihembur dengan bermacam-macam perkataan buruk.
Hanya kerana wataknya sebagai perosak rumah tangga orang, Wafariena terpaksa berdepan amarah penonton di dunia nyata. Walau bagaimanapun, pelakon berkenaan tidak cepat melatah.
Respon dari peminat menandakan yang dia berjaya membawa watak yang diberikan dengan jayanya. Dalam pada masa yang sama dia berasa sangat gembira dengan luahan emosi dari penonton yang geram dengan Nurul Ain.
Tambah Wafariena, dalam keadaan gembira dengan impak lakonan, dia juga diingatkan untuk berhati-hati memandangkan ada pihak yang cuba mengugut untuk smbah asid ke wajahnya dan berkemungkinan mendatangkan kemudaratan.
Apa pun, suka penulis ingatkan kepada penonton agar tidak terbawa-bawa emosi dari dalam drama ke kehidupan realiti. Cukup lah sekadar memperingatkan diri agar tidak menjadi atau terikut dengan watak antagonis berkenaan.