Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Enam Tahun Pegang Status Janda, Akhirnya Amelina Dangdut Jumpa Pengganti Hati

Amelina atau nama sebenarnya Norazlina binti Amir Sharipuddin sangat sinonim dengan irama dangdut. Dia yang sangat popular pada era 90an sehingga digelar sebagai Ratu Dangdut berikutan pencapaian albumnya terjual sehingga ratusan ribu unit..

Penyanyi kelahiran Nilai, Negeri Sembilan ini pernah menghilangkan diri dalam industri muzik hampir 15 tahun lamanya. Kemudian Amelina atau lebih selesa disapa Kak Long akhirnya membuat come back pada tahun 2014 setelah mengumumkan bercrai dengan suami.

ENAM TAHUN JADI IBU TUNGGAL, AMELINA DANGDUT JUMPA PENGGANTI HATI

Hampir enam tahun bergelar ibu tunggal, Ratu Dangdut tersebut tampil membuat pengakuan bahawa hatinya kini sudah pun dimiliki. Jelas Kak Long, jejaka yang berjaya menambat hatinya adalah seorang yang bergelar ahli perniagaan.

Dia sangat selesa dengan jejaka berkenaan kerana kesemua enam orang anaknya tampak gembira dan merestui hubungan cinta mereka. Walau bagaimanapun, Kak Long menjelaskan mereka masih dalam fasa sweet, sedang mengenali hati budi masing-masing.

NAFI UNTUK BERKAHWIN TAHUN INI

Disapa perwatakan jejaka yang masih dirahsiakan identiti, Kak Long memberitahu yang dia merupakan seorang yang sangat merendah diri dan tidak kuat cemburu. Tambahan pula, anak-anak pun mula selesa dengan kekasihnya itu.

Ramai peminat ingin melihat penyanyi lagu Semakin Rindu Semakin Asyik menamatkan zaman ibu tunggal. Jelas Kak Long, dia menyerahkan kepada takdir urusan jodoh namun menafikan bakal berkahwin pada tahun ini.

“Saya serahkan soal jodoh pada takdir Tuhan. Semuanya dalam perancangan tetapi bukan lah pada tahun ini.” Memetik kenyataan Kak Long kepada Berita Harian Online.

PEMINAT TAK SABAR LIHAT AMELINA TAMATKAN ZAMAN MAK JAN

Melihat kepada reaksi para peminat, mereka turut gembira dengan perkhabaran ini. Rata-rata mengucapkan tahniah buat Kak Long yang akhirnya menemui pengganti hati. Dalam pada masa yang sama, mereka turut mendoakan agar kedua mereka bakal mendirikan rumah tangga secepat yang mungkin.

Apa pun perkahwinan bukan lah suatu keputusan yang boleh dibuat secara terburu-buru. Biar lah masa dan ruang yang menetukan takdir cinta Kak Long dan pasangan.

Kongsi artikel ini: