Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Rela Kaut Untung Secara Peribadi, Ellie Suriati Desak Kerajaan Kenakan Lesen Kpd Youtuber

Platform YouTube semakin mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia akhir-akhir ini. Bukan sahaja dijadikan tempat hiburan, malah ramai yang mula mencuba jadikan platform berkenaan sebagai punca mata pencarian.

Lihat sahaja kini telah lahir beberapa individu yang berjaya menjana pendapatan melalui penghasilan konten di YouTube. Antaranya Syahmi Sazli, Alieff Irfan, Dato’ Seri Aliff Syukri, Kokom, Zukiee dan ramai lagi.

Yang penting minat dan semangat berterusan dalam menghasilkan video-video menarik sebagai tatapan umum. Baru-baru ini, heboh diperkatakan YouTuber perlu mendapatkan lesen daripada pihak FINAS untuk terus memuat naik video mereka.

ELLIE SURIATI DESAK KERAJAAN KENAKAN LESEN KEPADA YOUTUBER

Namun setelah ramai pihak yang menyuarakan pendapat akhirnya akta terdahulu mula diperhalusi dan undang-undang tersebut ditarik balik.

Dalam perkembangan semasa, pelakon senior iaitu Ellie Suriati tampil memberi pendapat kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) agar dapat menambahbaik Akta Perbadanan Kemajuan Nasional Malaysia (Finas) 1981 supaya ianya seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Jelas Ellie lagi, dia menggesa agar pemilik saluran YouTube atau pun YouTuber dikenakan lesen untuk terus menjana pendapatan di platform berkenaan. Ianya bertujuan untuk memperkukuhkan lagi seni, pelakon, penerbit, royalti dan juga muzik.

YOUTUBER KAUT KEUNTUNGAN SECARA PERIBADI

Tambahnya, jika pelaksanaan lesen ini tidak dapat dilakukan maka akan wujud YouTuber yang mengaut keuntungan secara peribadi. Lantang menyuarakan pendapat, Ellie tidak kisah jika ramai yang menentang kerana dia enggan melihat penggiat seni jadi mangsa keadaan.

“Sebagai pemain industri, kami nak utarakan pendapat sebab ini platform anak seni sebelum sebarang penambaikan dilaksana kerajaan.”
“Kami mahu akta baru yang lebih kukuh dan boleh membawa kebaikan menyeluruh kepada pelakon, penerbit, royalti dan muzik.” Memetik kenyataan Ellie kepada Malaysiakini.

TIDAK MELIBATKAN FACEBOOK DAN JUGA TIKTOK

Walau bagaimanapun, Ellie menyatakan bahawa lesen tersebut termaktub kepada pemilik saluran YouTube sahaja dan bukan melibatkan Facebook atau pun TikTok memandangkan keduanya itu dikategorikan sebagai home video.

Secara keseluruhan, perkara sebegini perlu diperhalusi sebelum sebarang undang-undang baru dikeluarkan. Biar pun ada pihak yang berjaya meraih pendapatan yang lumayan namun tidak dinafikan masih ada sebahagian besar yang masih terkapai-kapai di platform tersebut.

Kongsi artikel ini: