Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Foto Detik Akhir Keberanian Anggota Bomba Masuk Ke Gudang Ltusan Di Beirut Jadi Perhatian

Beberapa hari lalu, dunia digemparkan dengan berita duka apabila Beirut, Lebanon dilanda ltupan di salah sebuah gudang baja Negara berkenaan. Kejadian tersebut telah meragut lebih 100 nyawa dan 5,000 yang lain tercdera.

Sumber gambar: Mirror UK
ANGGOTA BOMBA CUBA BERUSAHA MASUK KE GUDANG

Memetik kepada laporan Mirror UK, beberapa keping foto menjadi perhatian warganet yang dipercayai detik akhir bagi tiga orang anggota bomba yang bertugas sewaktu berlakunya ltupan tersebut.

Awalnya gudang berkenaan terbakar dan anggota bomba berkenaan bertindak untuk memasuki kawasan tersebut dalam usahan memadam kebakaran. Gambar tiga anggota bomba diambil oleh salah seorang individu yang tidak didedahkan identiti.

Detik akhir keberanian 3 anggota bomba berjaya dirakam
3 ANGGOTA BOMBA DAN PERAKAM GAMBAR MENIGGAL DUNIA

Walau bagaimanapun, menurut Mirror, ketiga orang anggota berkenaan termasuk lah perakam gambar dilaporkan meniggal dunia gara-gara kesan letusan.

Anggota bomba yang nahas dikenali sebagai sebagai Jo Noo, Methal Hawwa dan Najib Hati. Ketiga mereka merupakan dari unit tindak balas pantas Jabatan Bomba dan Penyelemat Beirut.

Seorang rakan anggota yang digelar “pengantin Beirut” iaitu Sahar Faris berikutan bakal berkahwin pada Jun tahun hadapan turut disahkan meniggal dunia.

Sahar Faris
GELOMBANG LTUPAN HAMPIR SAMA SEBIJI BOM NUKLEAR KECIL

Dianggarkan gelombang ltupan yang terhasil hampir sama dengan sebiji bom nuklear kecil yang boleh menghncurkan kawasan sekitar.

Dapat diperhatikan kesan dari gelombang telah meranapkan lebih 300,000 rumah awam. Manakala jalan raya di sekitar Beirut dipenuhi dengan serpihan dan gelas kaca yang pecah saling tak tumpah padang jarak padang terkukur.

PERINTAH DARURAT DUA MINGGU DIKELUARKAN

Sehubungan dengan kejadian duka menimpa Negara, Presiden Lubnan iaitu Michel Aoun mengeluarkan perintah darurat selama dua minggu kepada rakyatnya.

Semoga keluarga yang terlibat dengan kejadian tersebut diberi kesabaran dalam menerima ujian ini. Ingat lah bahawa kemalngan tidak berbau. Yang pasti kita perlu senantiasa berhati-hati dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Kongsi artikel ini: