Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Berjodoh Kembali Dengan Sharnaaz Ahmad, Ini Jawapan Padu Diberikan Noor Nabila

Perkahwinan selebriti antara Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sering kali menjadi tumpuan peminat. Rumah tangga mereka dilihat goyah sejak penghujung tahun lalu sehingga berlarutan ke mahkamah sehingga lah Julai lepas.

Pasangan tersebut yang berkahwin sejak Mac 2017 dilihat berantakan apabila kelibat Noor Nabila yang hadir membuat tuntutan crai di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan. Akhirnya pada 9 Julai lepas, mereka disahkan bercrai secara hakam.

NABILA TAK TOLAK KEMUNGKINAN JIKA DISATUKAN, CUMA SELESA HIDUP SENDIRI

Dalam perkembagan semasa, masing-masing dilihat sudah pun membawa haluan sendiri. Bagi Nabila pula, dia semakin selesa dengan status ibu tunggal yang dibawanya. Biar pun sudah berpisah, kedua mereka masih komited dalam membesarkan anak, Jebat Jayden.

Sehubungan dengan itu, masing-masing bertolenrasi dan menjaga hubungan baik demi masa depan anak. Disapa mengenai kemungkinan kembali kepada Sharnaaz, Nabila lebih selesa untuk menyendiri.

Namun dia tidak menafikan sekiranya jodoh mereka disatukan kembali kerana segala ketentuan adalah di tangan Tuhan. Cuma kini masing-masing sudah pun move on dan fokus pada pembesaran anak.

“Ada yang tanya kemungkinan saya untuk kembali bersama dengan Sharnaaz. Sebenarnya hubungan saya dengan dia dah lama baik sebagai kawan.”
“Kalau ada jodoh Insya Allah. Tapi rasanya saya lebih selesa untuk meneruskan hidup sendiri. Saya serta Sharnaaz pun sudah move on dan fokus kami sekarang ialah anak, Jebat Jayden.” Memetik kenyataan Nabila kepada Astro Gempak.
BERSYUKUR DENGAN BEKAS SUAMI, SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB

Setakat hari ini Nabila sangat berpuas hati dan bersyukur kerana Sharnaaz sangat baik memegang tanggungjawab sebagai bapa biar pun hubungan mereka sudah berakhir. Bekas suami langsung tidak pernah mengabaikan anak dan hampir setiap hari dia luangkan masa untuk berjumpa.

Bagi Nabila, dia tidak menghalang Sharnaaz. Dia berpendapat bahawa Jebat berhak untuk mendapat kasih sayang kedua belah pihak secara sama rata.

Pujian harus diberikan kepada dua figura ini kerana berjaya membuktikan pengakhiran perkahwinan dengan pencraian bukan bermaksud penamat segalanya. Semoga kehidupan mereka bertambah baik kelak.

Kongsi artikel ini: