Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Hormat Majlis, Kantoi Hisap Vape Dalam Dewan Parlimen. Menteri Buka Mulut & Mohon Maaf

Tabiat merokok dilihat sebati dengan golongan lelaki. Seiring dengan peredaran zaman, rokok kini dilihat telah diganti dengan teknologi baru yang dikenali sebagai vape atau rokok elektronik.

Vape semakin menjadi pilihan ramai berikutan hadir dalam pelbagai perisa dan mudah dibawa. Pengguna juga boleh menukar perisa rokok mengikut selera masing-masing.

Bercerita mengenai vape, menteri turut tidak dapat lari dari memiliki tabiat tersebut. Umum mengetahui yang dewan parlimen antara topik yang sering mendapat perhatian masyarakat. Segala aktiviti ahli parlimen diperhatikan sepanjang ianya bersidang.

HISHAMMUDDIN KANTOI HISAP VAPE DALAM DEWAN PARLIMEN

Pantang ada buat salah sikit sudah pasti ramai yang mula bersuara. Terdahulu ramai yang bercakap mengenai ahli parlimen Muar iaitu YB Syed Saddiq yang membawa bekal dan makan dalam dewan parlimen.

Terbaru, satu sorotan video menarik mata masyarakat apabila Menteri Luar Negeri iaitu Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah bertindak menghisap vape ketika berada dalam dewan parlimen.

MENTERI TAK HORMAT MAJLIS

Hal tersebut telah dibangkitkan oleh pengguna Twitter sehingga menimbulkan rasa kurang selesa masyarakat dengan tindakan menteri berkenaan yang tidak hormat pada majlis dan tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Malah ada yang berseloroh bahawa larangan merokok atau vape hanya dikenakan pada rakyat marhaen sahaja dan bukannya pada mereka yang berkuasa.

Dalam pada masa yang sama, warganet sempat memberi nasihat agar Menteri Luar Negeri berkenaan dapat meninggalkan tabiat kurang baik itu kerana ia ternyata memudaratkan kesihatan.

TAMPIL MOHON MAAF, JANJI TAK ULANG LAGI

Sehubungan dengan itu, Hishammuddin dilihat tampil memohon maaf setelah menyedari kesilapan yang dilakukan. Malah dia turut berjanji bahawa perkara sedemikian tidak akan berulang di masa depan.

“Sorry, I didn’t realize. It’s a new habit. I apologise to the Dewan and promise to not do it again.” Tulis Hishammuddin kesal.

Menteri juga merupakan manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Semoga perbuatan sedemikian tidak lagi berulang ketika Dewan Parlimen bersidang atau pun dalam mana-mana acara rasmi kerajaan kelak.

Kongsi artikel ini: