Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kerana Dunia Safiey Ilias Gelap Mata Tak Hormat Agama! Iklan Tak Ditapis Cetus Amarah Warganet

Kita sangat beruntung kerana hidup pada era teknologi. Dengan wujudnya platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, TikTok, Bigo Live dan macam-macam lagi dapat menawarkan kita peluang untuk menjana pendapatan dengan mudah.

Golongan selebriti dilihat antara paling bijak menggunakan peluang keemasan ini. Mempunyai pengikut yang ramai di media sosial tiket buat mereka untuk menjalankan khidmat iklan berbayar atau lebih dikenali sebagai paid review.

SAFIEY ILIAS TAK TAPIS IKLAN PADA INSTAGRAM

Tebaru, mencuri tumpuan ramai adalah usahawan yang sering mencetuskan kontrversi, Safiey Ilias apabila masyarakat mula naik menyampah dan kurang senang tindakannya yang tidak menapis terlebih dahulu bahan iklan.

Menerusi laman Instagram figura tersebut, dia telah memuat naik satu video yang mana mempromosikan produk berkaitan wanita. Dalam video berkenaan, seorang wanita telah bertindak sengaja menyelak baju sehingga menampakan sebahagian dada.

TAK HORMAT AGAMA, PAKAI TUDUNG TAPI BOLEH PULAK TUNJUK ASET

Sudah pasti aksi sedemikian rupanya telah menimbulkan buah mulut netizen yang menyifatkan Safiey Ilias kurang peka dengan budaya serta sensitiviti masyarakat Melayu. Tambahan pula, media sosial kini mudah diakses oleh kanak-kanak di bawah umur.

Dalam pada masa yang sama, netizen juga beranggapan iklan berkenaan terlalu melampau untuk tontonan umum sehingga tidak hormat pada agama sendiri. Lihat sahaja pada aksi wanita berkenaan yang memakai tudung tapi masih lagi menunjukkan aset pada orang ramai.

NIAT TAK MENGHALALKAN CARA, JANGAN SEBAB DUIT SANGGUP HINA AGAMA

Di mata masyarakat, niat untuk pemasaran produk tidak menghalalkan apa sahaja cara yang boleh menjatuhkan nama baik agama. Ini berikutan ia mampu menggugat salah faham penganut lain terhadap agama Islam.

Setelah menerima pelbagai tomahan dan nasihat daripada warganet, Safiey bertindak menutup ruangan komen bagi iklan berkenaan namun masih mengekalkan iklan tersebut sebagai tontonan ramai.

Justeru, para selebriti mahu pun instafamous perlu lah berhati-hati dan menapis terlebih dahulu iklan yang ingin dipamer pada akaun masing-masing. Jangan disebabkan mengejar kekayaan dunia sehingga sanggup menghina agama sendiri.

Kongsi artikel ini: