Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Ujian dalam perkahwinan datang dalam pelbagai bentuk. Kadang kala ianya datang dari sikap suami sendiri yang mula lupakan daratan apabila mencari pasangan lain setelah mengapai kemewahan.
Dari sudut lain, para isteri perlu menilai diri sendiri sehingga suami sanggup beralih arah. Adakah disebabkan sikap sendiri yang mengabaikan tanggungjawab atau sebaliknya. Kaum hawa perlu sedar bahawa lelaki ini tidak akan pernah puas dengan apa yang dimiliki.
Disebabkan ini lah ramai pakar motivasi sering kali mengingatkan para isteri sentiasa jaga penampilan diri dalam apa jua keadaan bagi menambat hati suami. Kesemua itu adalah nilai tambah sahaja, pokok pangkalnya ada kesedaran diri masing-masing.
Bercerita soal masalah rumah tangga, akhir-akhir ini acap kali kita dengar kisah wanita yang menjadi perosak hubungan rumah tangga orang lain. Mengulas isu ini, Siti Sarah antara individu yang mula mendapat perhatian apabila suaminya dilihat semakin berjaya.
Umum mengetahui bahawa Shuib Sepahtu kini bergelar usahawan berjaya. Beberapa cawangan perniagaan minuman yang diusahakan semakin bertambah dan membuahkan hasil.
Jadi, tidak hairan jika Shuib antara individu yang mendapat perhatian bagi wanita kaki kikis. Menurut Sarah, dia hanya mampu bertawakal serta mengirimkan doa sahaja agar keluarga yang dibina sentiasa dalam keadaan bahagia.
Tambah Sarah lanjut, dia tidak boleh mengawal atau melarang suaminya daripada menggunakan telefon bimbit. Itu adalah kepentingan Shuib dalam membuat urusan harian. Jadi apa yang mampu dilakukan adalah menjaga hubungan dengan Allah dan berdoa.
Ditanya mengenai kisah kontrversi yang terpalit dengan rakan artis baru-baru ini, Sarah merasakan yang dia tiada hak untuk memberikan apa-apa komen. Menurutnya isu rumah tangga merupakan perkara sensitif. Kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana tidak berada di tempat mereka.
Kesimpulannya, kedua-dua belah pihak perlu menghargai antara satu sama lain dalam memastikan keluarga sentiasa kekal bahagia dan harmoni. Tidak lupa juga sentiasa menjaga hubungan dengan Sang Pencipta kerana Dia yang berhak ke atas kejadian hambaNya.