Isu masalah rumah tangga dan orang ketiga menjadi bualan hangat sejak akhir-akhir ini. Selebriti antara golongan yang sering menjadi perhatian netizen berhubung isu ini.

Terdahulu, kisah rumah tangga usahawan terkenal iaitu Mahathir mula dikaitkan dengan seorang pelakon remaja, iaitu Alya Iman. Pelakon berkenaan didakwa menjadi punca keretakan antara Mahathir dan juga isteri.

Hal tersebut didedahkan sendiri oleh isteri Mahathir yang dikenali sebagai Penny Salman menerusi perkongsian laman Instagram. Satu per satu telah dibongkarkan oleh wanita berkenaan berhubung sikap sebenar Alya Iman disebalik wajahnya yang bertudung.

MAHATHIR MULA TAMBAT HATI ISTERI

Menyedari kesilapan diri yang leka dengan duniawi, akhirnya Mahathir tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terutamanya ditujukan khas buat isteri dan juga ahli keluarga yang lain kerana telah merosakkan kebahagiaan yang dikecapi selama ini.

Lihat sahaja perkongsian jejaka berkenaan di laman sosial, dia kerap kali memuat naik gambar bersama seolah-olah cuba memenagi kembali cinta sang isteri.

Mengulas mengenai masalah rumah tangga yang dilalui oleh Penny Salman dan Mahathir, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nazuwa Jaafar tampil memberi pandangan peribadi kehebatan seorang isteri yang ramai tak tahu.

MINGGU LEPAS SUAMI KANTOI, MINGGU NI DAH MAMPU TERSENYUM

Menurut Nazuwa, dia sangat mengagumi sifat kesabaran dan ketabahan Penny mengharungi ujian tatkala suami selingkuh di belakangnya namun masih lagi mampu memaafkan perbuatan tersebut.

Biar pun kisah mereka masih lagi segar dan menjadi bualan, namun hari ini dia mampu berkongsi momen-momen bahagia bersama keluarga. Ini menunjukkan kasih sayang dalam keluarga mengatasi segala-galanya.

KEHIDUPAN INI BUKAN CARI KESEMPURNAAN TETAPI SALING MELENGKAPI

Nazuwa sempat menegaskan yang kesempurnaan itu tidak akan wujud melainkan kedua-dua pasangan saling melengkapi setiap kekurangan dalam diri.

Secara keseluruhan, ujian dalam perkahwinan sememangnya akan berlaku. Yang membezakan adalah cara setiap pasangan menangani antara satu sama lain agar tidak menjadi lebih parah lagi.

Diharapkan kisah kekuatan semangat yang dilalui Penny Salman mampu dijadikan contoh buat para isteri yang turut mengalami nasib yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here