Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bapa Saudara Jadooss Jadi Mngsa Korban. Netizen Kaitkan Nama Sajat Dengan Isu Beirut

Beirut, Lebanon dilanda berita sedih apabila satu ltupan kuat yang awalnya disangka gempa bumi sebenarnya satu kejadian ltupan sebuah gudang baja. Kejadian yang berlaku malam tadi telah menyebabkan lebih dari 70 orang terbnuh manakala 2,000 yang lain tercdera.

BEIRUT SEDANG BERDUKA

Sehubungan dengan kejadian, Presiden Lubnan iaitu Michel Aoun telah memanggil Kabinet bagi mengadakan mesyuarat tergempar. Difahamkan perintah darurat selama dua minggu telah pun dikeluarkan di Beirut susulan kejadian tersebut.

Hasil perkongsian video di laman sosial, dapat dilihat keadaan Beirut kini tak tumpah seperti padang jarak padang terkukur. Banyak bangunan telah mengalami kerosakan dan termasuklah kediaman bekas Perdana Menteri iaitu Saad Hariri.

KEADAAN TEMAN LELAKI SAJAT JADI TANDA TANYA

Insiden tersebut telah menarik perhatian netizen yang bimbang dengan keadaan teman lelaki Sajat. Umum sudah pun sedia maklum bahawa Jadooss atau pun nama sebenarnya Jad Issa berasal dari Lebanon.

Dalam pada masa yang sama, Sajat bin Kamaruzzaman ada memuat naik video keadaan di Beirut pada beberapa jam lalu, sekali gus mencetuskan lagi tanda tanya orang ramai keadaan sebenar yang dihadapi teman lelakinya itu.

BAPA SAUDARA JADOOSS TERKRBAN

Hasil tinjauan penulis di laman Instagram usahawan tersebut mendapati bahawa teman lelakinya itu berada dalam keadaan selamat sahaja. Namun, Sajat memaklumkan yang bapa saudara Jadooss menjadi korban dalam insiden berkenaan.

Melihat kepada reaksi netizen, mereka mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada Jadooss dan keluarga dalam berdepan dugaan tersebut.

NETIZEN KAITKAN SAJAT DENGAN ISU BEIRUT

Sudah menjadi lumrah bila cerita berkaitan Sajat, pelbagai kata nista telah dilemparkan kepada figura berkenaan sehingga ada yang mengandaikan kejadian tersebut berpunca dari kemurkaan Tuhan hasil hubungan Sajat dan Jadooss selama ini.

Kesimpulannya, tatkalan Beirut sedang bersedih, ianya bukan lah saat yang sesuai untuk kita menunding jari mahu pun mempermainkan sesuatu isu. Cukup lah kita jadikan ia suatu iktibar bahawa Allah turunkan ujian supaya kita mengigati kehidupan ini adalah mutlak milikNya.

Sama-sama kita doakan semoga segala urusan di Beirut dipermudahkan.

Kongsi artikel ini: