Bukan mudah untuk seseorang itu pertahankan rumah tangga sehingga mencapai puluhan tahun hidup bersama. Tidak dinafikan dalam berkongsi hidup ini tidak dapat lari daripada pergolakan dan salah faham.

Yang paling digeruni setiap pasangan yang berkahwin adalah hadirnya pihak ketiga sehingga salah seorang dari mereka memilih untuk bercrai. Kisah orang ketiga bukan lah perkara baru dalam masyarakat melayu kita.

RUMAH TANGGA MUSNAH SELEPAS 10 TAHUN DISEMAI

Kadang kala hairan memikirkan tentang pemikiran orang ketiga ini yang sanggup melihat rumah tangga orang lain porak peranda demi kepuasan diri sendiri.

Dalam kegembiraan menyulam kasih sebagai pasangan suami isteri, wanita yang dikenali sebagai Shirala Shira ada berkongsikan kisah dukanya apabila perkahwinan yang dibina atas dasar cinta akhirnya musnah begitu sahaja.

@shiralashira2 hari lepas kau Talakkan Isteri sendiri✌️Skrg Kau Lebih memilih(meminang)Janda lain dgn menghancurkan segalanya yg 10 thn kita bina 😢♬ Sakit – Achey

SANGGUP LEPASKAN ISTERI DEMI MENGHALALKAN MAK JAN

Menurut Shira, rumah tangganya yang dibina hampir 10 tahun lamanya runtuh gara-gara kehadiran orang ketiga. Lebih menyayat hati apabila si suami bertindak melepaskannya hanya untuk menghalalkan seorang wanita bergelar mak jan.

Sudah pasti perkara tersebut amat sukar untuk dilalui oleh Shira namun apa kan daya, hanya kekuatan diri sahaja yang mampu mengubat segala tindakan tidak bertanggungjawab si suami.

Menerusi perkongsian aplikasi TikTok wanita berkenaan, dia meluahkan rasa hati yang amat sukar untuk melupakan segala kenangan manis bersama. Namun Shira tetap akur tambahan pula terpaksa membesarkan dua orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka selama ini.

@shiralashiraTak sanggup nk delete tp kena jgk clearkan segala kenangan utk Lupakan semuanya..utk Kehidupan baru. Tak ada pasangan menikah utk sementara 😓😢♬ Apakah Itu Cinta – Ipank

RAMAI YANG TURUT BERSIMPATI, HAIRAN DENGAN KEMAHUAN SEBENAR LELAKI

Perkongisan Shira ternyata mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan kejadian yang menimpa Shira yang menjadi mangsa orang ketiga. Malah mereka sempat menitipkan kata-kata semangat agar dia terus bangkit dan tidak lagi menoleh ke belakang.

Netizen juga berasa sangat kecewa dengan si suami yang sanggup meninggalkan seorang isteri yang mempunyai paras rupa cantik dan juga kerjaya yang baik demi mak jan. Itu lah persoalan yang berlegar di benak orang ramai mengenai kepuasan sebenar seorang lelaki.

Semoga para suami mengambil iktibar dan belajar dari kesilapan orang lain dalam berumah tangga. Perkahwinan bukan lah isu yang boleh dimuat main memandangkan perkongsian hidup memerlukan tolenrasi antara kedua belah pihak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here