Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Siapa yang tak kenal dengan kumpulan lawak Sepah yang pernah mencipta fenomena tersendiri. Kumpulan lawak ini dilahirkan menerusi rancangan Raja Lawak Musim ke 3 pada tahun 2009.
Selepas dari itu, nama mereka semakin mendapat tempat di hati penonton. Hampir setiap hari wajah mereka sentiasa menghiasi rancangan Astro sehingga ramai mengandaikan tiada kumpulan lawak lain mampu menandingi mereka.
Namun siapa sangka, bermula dengan kawan baik akhirnya kumpulan Sepah berpecah apabila Jep dan Shuib mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan tersebut dan mencipta kumpulan baru yang dikenali sebagai Sepahtu.
Hampir 10 tahun peminat tertanya-tanya punca kepada perpecahan kumpulan lawak berkenaan akhirnya Mamat tampil mendedahkan isi hatinya yang ramai tak tahu. Dia mengakui bahawa kehilangan sahabat baik merupakan perkara paling perit.
Namun dia tetap akur dengan segala yang terjadi antaranya dengan dua lagi sahabatnya itu. Mamat mengambarkan yang Jep merupakan satu-satunya kawan yang takkan dimarahi oleh ibunya jika datang ke rumah.
Dalam bual bicara Rumah No 107 yang disiarkan di Astro Warna, Mamat mengakui bahawa kehilangan Jep dan Shuib membuatkan dirinya hilang arah kerana tidak lagi mampu mencari rakan sebaik mereka.
Di kesempatan itu juga, Mamat sempat menitipkan pesan kepada dua sahabat baiknya itu bahawa dia terlalu sayangkan Jep dan Shuib sehinggakan mereka berdua ini lah yang akan dia letakkan di depan biar pun dia pernah menganggotai kumpulan lain sebelum ini.
Biar pun sudah membawa haluan masing-masing, Mamat mendedahkan bahawa dia langsung tidak menyimpan dendam dengan kejadian lalu yang memecah belahkan kumpulan Sepah.
Semoga dengan luahan Mamat ini dapat menjernihkan kembali hubungan yang renggang antara Mamat, Shuib dan juga Jep.
Hilangnya sahabat lagi sakit daripada hilangnya cinta dusta. pic.twitter.com/ctUtpDi9a7
— APAI W (@faizzzzzzzzzz28) August 2, 2020