Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dikaitkan Dengan Engku Emran, Akaun IG Wanita Cantik Ini Mula Jadi Tumpuan Netizen

Sekuat mana kita mencintai seseorang, ianya belum tentu menjamin kebahagiaan. Itu lah yang dihadapi oleh pelakon cantik dari Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella apabila rumah tangganya bersama Engku Emran berakhir di tengah jalan.

BARU BERPISAH, EMRAN DAH JUMPA PENGGANTI HATI?

Masih belum reda kisah pencraian mereka, muncul pula cerita di mana Emran sudah pun menemui pengganti hati. Dia dilihat akrab dengan seorang wanita cantik yang dikenali sebagai Atikah Abu Bakar.

Cerita ini hangat diperkatakan berikutan bekas suami Bella menjadikan berbasikal sebagai hobi baru dan dia bersama Atikah meluangkan masa bersama-sama baru-baru ini.

SIBUK DENGAN BERBASIKAL

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Engku Emran pasti menyedari bahawa dia semakin sibuk dengan sukan berkenaan. Dia dan rakan-rakan sering sahaja menjelajah ke banyak lokasi menarik di ibu kota hanya dengan menaiki basikal.

Walau bagaimanapun, kelibat seorang wanita mula mencuri tumpuan peminat dan ramai beranggapan bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa. Malah desas desus mengatakan Atikah merupakan individu ketiga dan menjadi punca kepada keruntuhan perkahwinan Bella dan Emran sebelum ini.

AKAUN IG ATIKAH HILANG DARI RADAR

Setelah peminat mula menghidu keakraban mereka berdua, hasil tinjauan penulis di laman Instagram mendapati akaun Atikah sudah pun hilang atau pun dinyah aktif sekali gus mencetuskan tanda tanya kenapa dia berbuat sedemikian.

Sehingga ke hari ini kedua-dua belah pihak mengambil keputusan untuk mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung hubungan mereka berdua.

PEMINAT DOAKAN YANG BAIK-BAIK

Tidak semua yang berfikiran negatif. Ada peminat yang bersetuju jika Emran mula move on dan melupakan sejarah kegagalan sebelum ini. Tambah peminat lagi, tidak salah untuk Emran mencari yang baru memandangkan dia sudah pun solo atau tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Kesimpulannya, kalau dah jodoh tidak akan lari ke mana. Apa pun kita nanti kan sahaja khabar berita ini sama ada memang benar ada yang istimewa antara Emran dan Atikah atau pun sekadar teman biasa sahaja.

Kongsi artikel ini: