Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Hidup dalam dunia teknologi mendatangkan banyak kelebihan kepada umat manusia kini. Namun tidak dapat dinafikan teknologi juga mendatangkan kemudaratan kepada kita terutama melalui medan internet.
Sedia maklum bahawa internet merupakan salah satu medium pantas dalam menghubungkan antara pengguna. Segala maklumat dapat dicari sepantas kilat hanya dengan mengetik di hujung jari.
Bagaimanapun, kita dinasihat agar lebih berhati-hati dalam menerima apa jua maklumat dari internet kerana ianya belum tentu sahih atau benar. Masalah ini lah yang sering terjadi kepada mereka yang bergelar selebriti atau pun individu tumpuan ramai.
Fatin Nurul Ain yang merupakan bekas isteri pertama Da’i Farhan antara yang tidak bernasib baik apabila namanya terpalit dengan perbuatan ftnah dari individu yang tidak bertanggungjawab.
Difahamkan nama dan juga gambar Fatin telah diguna pakai oleh individu lain dalam memuat naik perbualan tidak bermoral di aplikasi atas talian MiChat. Sudah pasti perbuatan tersebut mampu mendatangkan salah faham kepada orang ramai.
Tidak mendiamkan diri, Fatin tampil menjelaskan bahawa dia hanya memiliki akaun media sosial seperti Facebook dan juga Instagram sahaja. Sehubungan dengan itu, dia meminta orang ramai supaya melaporkan akaun tersebut agar dipadam dari terus disalah guna.
Tujuan dia menjelaskan isu ini bagi mempertahankan maruah diri daripada sebarang ftnah dan juga perkara mengaibkan terutama nama baik keluarga.
Dalam perkembangan semasa, dikhabarkan akaun tersebut telah pun dipadamkan di platform MiChat. Menurut Fatin, dia dinasihat agar melaporkan perkara sedemikian kepada pihak berkuasa agar kejadian seumpama itu tidak berulang dan berlaku kepada orang lain.
Melihat kepada reaksi pengikutnya di Instagram, mereka menitipkan pesan buat Fatin agar berhati-hati ketika berkongsi hantaran di media sosial agar tidak disalah guna oleh orang lain kelak.
Secara keseluruhannya, dewasa ini terlalu ramai pihak yang suka menjadikan gambar individu lain sebagai alat untuk menipu pihak ketiga. Semoga kisah Fatin menjadi pengajaran dan peringatan kepada kita semua agar lebih berhati-hati.