Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia setiap hari yang tiada tolok bandingnya. Ianya digunakan sebagai keperluan harian sebagai asas kehidupan, penjanaan ekonomi seperti pertanian dan perindustrian, sumber tenaga elektrik dan banyak lagi.
Sebagai rekod, permukaan bumi merangkumi 3/4 kawasan liputan air manakala tubuh badan manusia pula secara asasnya 70% daripada komposisi air. Hal ini menjadikan manusia sangat bergantung dengan sumber penting ini untuk meneruskan hidup.
Disebabkan ini lah masyarakat dituntut agar menjaga kebersihan sungai yang menjadi salah satu punca serta sumber bekalan air seharian. Malah pelbagai kempen mengenai penjagaan sungai diadakan oleh pihak kerajaan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.
Kelantan antara negeri yang sering mengalami krisis sumber air bersih. Sudah berapa lama rakyatnya menyuarakan luahan kegagalan kerajaan negeri dalam membekalkan sumberi air berkualiti kepada rakyat sehingga mereka terpaksa menadah air hujan dan membina perigi sendiri.
Baru-baru ini, personaliti terkenal yang juga adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan ada membuat satu perkongsian di laman Instagram yang bergurau mengenai keadaan air di Kelantan.
Dia yang pulang ke kampung halaman menaiki kapal terbang telah berkongsi gambar di mana keadaan semasa air sungai Kelantan. Perkongsian Ameera tersebut menjadi perhatian gara-gara dia menyamakan air sungai Kelantan seperti teh Tarik.
Melihat kepada gambar yang dimuat naik, ianya jelas kelihatan keadaan air sungai di negeri berkenaan sangat lah keruh dan kekuningan. Jadi tidak hairan lah Ameera bertindak menyamakannya seperti teh Tarik kerana sekali imbas ianya seakan sama.
Tidak bersendirian, melihat kepada reaksi netizen, rata-rata terhibur dengan penulisan Ameera. Mereka turut bersetuju dengan kenyataan air sungai Kelantan sedemikian kerana ia berpunca dari ketamakan manusia yang tidak henti-henti menjalankan torehan bukit dan pembalakan.
Adakalanya gurauan sedemikian sangat penting dalam membuka mata pihak berkuasa dalam menangani isu pencemaran air sungai. Semoga masalah sumber air bersih di Kelantan bakal berakhir.