Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Memiliki zuriat atau pun cahaya mata merupakan impian bagi setiap pasangan yang berkahwin. Tidak dinafikan bahawa cahaya mata mampu mengikat kasih sayang antara suami isteri. Jika ada perselisihan faham maka anak lah yang mampu meredakan keadaan.
Lihat sahaja keadaan semasa, ada pasangan yang tidak bertanggungjawab menjadikan zuriat sebagai alasan untuk berkahwin lain. Seharusnya mereka perlu sedar kadang-kala Allah hadirkan ujian dalam bentuk lambat menerima cahaya mata.
Sebelum ini, jurusolek terkenal iaitu MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini ada berkongsikan khabar gembira kepada pengikutnya apabila selamat melahirkan cahaya mata ketiga di salah sebuah pusat perubatan pada Khamis lepas.
Menghormati perasaan sebilangan pasangan yang masih setia menantikan zuriat masing-masing, Bellaz sempat menitipkan doa agar mereka dapat menimang cahaya mata pada suatu hari nanti.
Dalam pada masa yang sama, Bellaz turut mendedahkan identiti cahaya matanya itu kepada umum iaitu Muhammad Ean Yusuf.
Melihat kepada reaksi peminat, rata-rata memuji kecomelan Ean Yusof. Dalam pada masa yang sama, ada pengikutnya yang masih lagi diuji dengan ketiadaan zuriat mengucapkan ribuan terima kasih kepada MUA tersohor ini kerana peka dengan mereka yang kurang bernasib baik.
Sebagai rekod, Bellaz berkahwin dengan Anuar Muhammad memiliki dua orang cahaya mata lain iaitu Iris Elisya dan Mohd Aidil Mikhali. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ketiga ini menguatkan lagi kasih sayang antara mereka sekeluarga kelak.