Aktiviti sukan merupakan satu hobi bermanfaat untuk tubuh badan. Selain daripada menjaga diri dari kekal cergas, bersukan turut mampu memberi peluang untuk kita semua meneroka suasana baru.

Antara aktiviti sukan yang menjadi pilihan dewasa ini adalah berbasikal. Dapat diperhatikan ramai mula mengubah gaya hidup dengan menjadikan berbasikal sebagai rutin. Bahkan para artis turut sama terjebak dengan aktiviti baru ini.

Tidak dinafikan bahawa berbasikal memberi satu kepuasan kepada peminatnya. Selain berpeluh, kita juga mampu menguatkan otot kaki dan mengenali banyak kawasan baru sebagai lapangan riadah.

YAKIN MASUK RUMAH ORANG YANG DIANGGAP KEDAI MAKAN

Bercerita mengenai hobi berbasikal, baru-baru ini menarik perhatian warganet berikutan kisah lucu seorang pengembara basikal. Ianya bermula apabila seorang jejaka dengan rasa yakinnya tersilap masuk ke rumah orang.

Dia yang dikenali sebagai Mohd Kharbi menceritakan kembali detik lucu , selamba memesan untuk makan nasi dagang di sebuah rumah yang langsung dia tidak kenali. Kisah tersebut bermula apabila dia mengayuh basikal lebih dari 70 kilometer.

Kejadian yang berlaku di antara jalan Kenyir menuju ke Kuala Terengganu. Kemudiannya dia berasa lapar lalu singgah di salah sebuah tempat di tepi jalan yang disangkanya sebagai kedai makan.

“BAKPONYE NAK BAYAR, BUKANNYA KEDAI”- TUAN RUMAH

Seusai makan, Kharbi bertanya harga yang perlu dibayar. Tak semena mena, tuan rumah bersuara bahawa dia tidak perlu membayar kerana bukan kedai makan untuk berbuat sedemikian.

Sudah pasti perasaan malu berbaur bersalah menyelubungi Kharbi yang mula menyedari dirinya tidak sopan langsung masuk ke rumah orang yang disangka kedai makan.

BAIK TUAN RUMAH, ELOK JE LAYAN TETAMU TAK DIUNDANG

Perkorgsian pengayuh basikal berkenaan mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa terhibur. Biar pun Kharbi disifatkan terlalu terburu-buru, sifat makcik/tuan rumah turut dipuji kerana melayan dengan baik tetamu yang tidak diundang.

Kesimpulannya, jangan malu untuk bertanya supaya nanti tak sesat jalan. Semoga kisah Kharbi menjadi pengajaran untuk kita semua agar tidak terburu-buru masuk ke suatu tempat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here