Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kisah rumah tangga membabitkan penceramah bebas yang juga finalis Imam Muda iaitu Syed Mohd Faris menjadi bualan hangat akhir-akhir ini berikutan kisah dia mencraikan isteri, Nor Hidayu Rosli.
Kisah tersebut dibongkarkan sendiri oleh Hidayu apabila Syed Faris melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pa 28 Mei lalu. Lebih menyedihkan lagi apabila ianya terjadi selepas dua hari mereka menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan.
Dalam perkembangan terbaru, Hidayu memberitahu bahawa suaminya makin berubah saban hari. Syed Faris kerap pulang lewat dan ada ketika langsung tidak pulang ke rumah tanpa alasan munasabah.
Dalam rumah tangga, tanggungjawab suami adalah nafkah zahir dan batin. Sejak berkahwin isteri muda, suaminya mula culas dalam memberi duit nafkah. Malah jika dihulurkan pun ianya mengikut suka hati.
Tambah Hidayu lagi, Syed Faris bertindak tidak menjenguk langsung mereka anak beranak ketika berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan di saat itu Hidayu dan anak-anak hampir terputus bekalan makanan.
Lebih mengecewakan apabila finalis Imam Muda tersebut hanya meninggalkan makanan untuk mereka di luar rumah sahaja tanpa langsung bertanya khabar sedangkan dia ada kunci untuk masuk.
Dalam pada masa yang sama, alasan yang menusuk jantung Hidayu adalah suaminya cuba membandingkan dengan isteri baru. Jelas Syed Faris, isteri baru boleh melayannya dengan lebih baik berbanding Hidayu.
Sebak pulak dengar cerita Nur Hidayah ni fasal Imam Muda tak guna tu. Bayangkan masa PKP pernah terputus makanan, suami sendiri pulak sesuka hati nak balik ke tak. Sampai makanan untuk anak-anak pun tinggalkan je dalam kotak kasut depan rumah, tak masuk jenguk bini & anak² 😭😭😭 pic.twitter.com/Y1yMeDk5oh
— Dear, (@IniAlannn) July 30, 2020
Secara keseluruhannya, islam membenarkan para suami untuk menambah isteri bukan lah untuk menganiaya pasangan. Seharusnya suami perlu lebih adil dalam menjalankan tanggungjawab berbanding melaksanakan perkara dusta.