Penulis selalu tekankan bahawa kebahagiaan dalam rumah tangga tidak akan datang bergolek selagi mana pasangan tidak berusaha ke arahnya. Suami isteri perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjaga tanggungjawab.

Yang paling penting elakkan diri dari berkata nista atau memburukkan pasangan kepada orang lain. Dalam rumah tangga merupakan satu perjalanan hidup yang perlu kita atur dan tempuhi liku bersama.

RUMAH TANGGA KUZA TERLERAI SELEPAS 12 TAHUN

Biar pun rumah tangga dibina sudah menjejak usia 12 tahun, akhirnya pelakon terkenal Kuza mendedahkan kepada umum hubungan bersama ahli perniagaan iaitu Ramyus Sidique akhirnya menemui titik noktah.

Difahamkan Kuza dan suami sudah pun bercrai sejak setahun yang lalu lagi. Biar pun bergelar ibu tunggal, Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Muzani mengakui yang dirinya kini selesa hidup ditemani tiga orang anaknya.

PUNCA PENCRAIAN MASIH JADI TANDA TANYA

Namun begitu, demi menghormati kedua-dua belah pihak, Kuza tidak mendedahkan secara terperinci punca kepada keruntuhan rumah tangga mereka. Tambah Kuza, ianya bersifat terlalu peribadi untuk diketahui umum, terutama hati dan perasaan anak-anak.

Sebagai rekod, Kuza merupakan finalis Dewi Remaja 1990/1991, seangkatan dengan Jasmin Hamid dan juga Didie Alias. Dia juga memiliki pertalian ddengan kerabat istana Kelantan, memulakan kerjaya seni sejak awal 90-an.

Sejak dari itu, pelbagai filem dan drama sudah pun dibintangi. Antaranya adalah Shakila, Balada, Tanda Putera dan banyak lagi.

TIDAK DIKURNIAKAN CAHAYA MATA SEPANJANG BERSAMA

Kuza mendirikan rumah tangga bersama Raymus pada tahun 2007 dan ianya merupakan perkahwinan ketiga buat pelakon cantik berkenaan. Walau bagaimanapun rezeki bukan milik mereka apabila tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang mereka bersama.

Manakala Kuza memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Nizam Firdaus, Puteri Nazihah dan Puteri Nadia hasil perkahwinannya terdahulu.

Kegagalan dalam rumah tangga bukan bermakna pengakhiran hidup. Setiap yang terjadi diselangi dengan pengalaman dan juga pengajaran yang perlu kita timba di masa depan. Semoga Kuza  tabah dalam mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal kelak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here