Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Ramai Tak Sangka Perangai Sebenar Wakil Rakyat! Staf Sendiri Kantoikan Pakaian Syed Saddiq

Gaya dan juga penampilan merupakan elemen penting bagi kerjaya seseorang terutama melibatkan urusan rasmi atau pun perjumpaan penting. Bagi kaum lelaki, pakaian formal sinonim dengan pemakaian baju kemeja, seluar slack dan dipadankan bersama blazer/kot.

Sebagai wakil rakyat misalnya, mereka tidak dapat lari dari berpenampilan menarik dan segak di mata masyarakat. Dari sudut ini lah ramai yang akan menilai kredibiliti mereka dalam menguruskan masalah.

Sebagai manusia, wakil rakyat juga tidak dapat lari dari berdepan dengan kesuntukan masa sehingga tidak sempat untuk peduli dengan diri sendiri.

PENAMPILAN SYED SADDIQ KETIKA MESYUARAT ATAS TALIAN

Terbaru, satu perkongsian dibuat oleh pembantu ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi laman Twitter telah mendedahkan pakaian sebenar yang dipakai oleh wakil rakyat berkenaan ketika berdepan forum secara atas talian.

Apa yang mencuri tumpuan adalah pakaian yang dikenakan mungkin tak diduga oleh orang ramai. Menurut pembantu Syed Saddiq, iaitu Hafriz Iqbal membongkar cara Syed Saddiq yang segak mengenakan kot, siap tanda nama ketika dalam forum atas talian tetapi hakikatnya hanya berseluar pendek dan berkasut sukan sahaja.

Sumber: Twitter Hafriz Iqbal
STAF BERANI TROLL MAJIKAN SENDIRI

Difahamkan kejadian berlaku sewaktu ahli parlimen Muar berkenaan sedang berada di salah sebuah restoran makanan segera, ketika dia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah dia selesai mendaki Bukit Mor.

Sudah pasti perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai warganet yang tidak menyangka wakil rakyat juga berpewatakan seperti pelajar universiti. Secara tidak langsung perkongsian tersebut telah meraih lebih 8 ribu tanda suka.

Mereka turut menyifatkan bahawa Hafriz terlalu berani sehingga bertindak sedemikian kepada bosnya sendiri.

Konklusinya, bukan Syed Saddiq sahaja yang menggunakan skil sedemikian. Hampir golongan yang bekerja dari rumah turut mengamalkan taktik yang sama sewaktu berdepan mesyuarat atas talian secara tiba-tiba.

Kongsi artikel ini: