Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Mengenangkan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada beberapa bulan lalu sangat perit untuk dilalui oleh sesetengah pihak. Bagi yang berpendapatan tetap, tempoh PKP merupakan honeymoon bagi mereka.
Namun tidak bagi golongan bergaji hari. Cuba bayangkan berbulan-bulan mereka tidak dapat keluar untuk mencari nafkah, sudah pasti banyak urusan keluarga yang tergendala dan ada yang sanggup mengikat perut demi kelangsungan hidup.
Artis juga tidak terkecuali dalam berdepan dengan beban ekonomi sewaktu PKP yang lalu. Tidak dinafikan golongan seni antara yang makan gaji hari. Mereka turut terjejas gara-gara segala aktiviti hiburan terpaksa diberhentikan.
Pelakon dan juga penyanyi bersuara lunak iaitu Adibah Noor mengakui perkara yang sama. Lebih berat apabila dia terpaksa menjual rumah dan memajak koleksi barangan kemas miliknya demi kelangsungan hidup.
Perkara tersebut didedahkan sendiri tuan badan menerusi laman Twitter Adibah Noor pada beberapa hari lalu, menceritakan kembali pengalaman sukarnya berikutan dia telah menerima pelbagai mesej dari orang ramai yang meminta bantuan kewangan.
Jelas Adibah, anak seni sememangnya kelihatan mewah di depan kaca televisyen dan sering sahaja memuat naik video di laman sosial. ianya bertujuan untuk memberitahu peminat bahawa mereka masih lagi aktif dalam bidang seni masing-masing.
Sejak PKP dilaksanakan, anak seni sangat terjejas kerana hilang pekerjaan secara tidak langsung tiada pendapatan. Ketika di fasa pemulihan baru lah mereka dapat menarik nafas lega kerana tawaran kerja mulai ada.
Tambah Adibah lagi, biar pun tawaran berlakon dan menyanyi dah ada namun bayaran yang diterima bukan lagi seperti sebelum bermulanya pandmik malah jauh lebih rendah.
sebab ramai yg mohon…
maafkan saya… 😔 pic.twitter.com/c3d9tQdRNc
— ADIBAH NOOR 🇲🇾😼 (@adibahnoor) July 27, 2020
Pengakuan Adibah tersebut bukan lah untuk menagih simpati dengan mana-mana pihak tetapi ianya lebih kepada perkongsian hidup di mana sebagai artis yang dilihat kaya turut alami pengalaman seperti rakyat marhain lain.
Yang pasti kita perlu berusaha dalam meningkatkan ekonomi hidup dengan cara yang berbeza. Dalam masa yang sama, Adibah sempat memohon maaf kerana tidak dapat menghulurkan bantuan kerana dirinya sendiri mengalami masalah yang sama.