Siapa je yang antara kita tak kenal dengan YouTuber masakan sensasi iaitu Sugu Pavithra. Rata-rata rakyat Malaysia sangat selesa dengan perkongsian video dari pasangan suami isteri ini.

Namun sebagai manusia mereka tidak dapat lari dari berdepan dengan episod hitam. Beberapa minggu yang lalu pasangan ini diuji apabila dilaporkan Sugu naik angin dan cuba mencderakan Pavithra gara-gara namanya tidak disebut ketika menerima anugerah penghargaan daripada Majlis Bandaraya Ipoh.

Sejak dari Pavithra memaafkan suami dan menarik balik laporan polis, mereka dilihat telah memadamkan semua video masakan di ruangan YouTube sekali gus menjadi tanda ramai pihak.

PAVITHRA BUAT COME BACK DALCA TULANG KAMBING

Sudah pasti dengan ketiadaan video tersebut akan menjejaskan mata pencarian buat Sugu dan Pavithra. Selepas menyepi seketika daripada memuat naik kandungan video, akhirnya Sugu Pavithra kembali dengan menu masakan yang baru.

Video berjudul Dalca Tulang Kambing dimuat naik beberapa jam yang lalu telah mendapat lebih daripada 200 ribu jumlah tontonan. Seperti biasa, Pavithra tampil mengajar penonton cara memasak mengikut gayanya yang fasih berbahasa melayu.

Difahamkan bagi meraikan Aidil Adha pada Jumaat ini, Pavithra bercadang untuk menyediakan masakan rendang ayam kerana ia antara juadah wajib sewaktu menyambut perayaan tersebut.

TIADA BABAK MAKAN BERSAMA KELUARGA

Apa yang menjadi perhatian pada video kali ini, Pavithra tampil sedikit berbeza apabila babak makan bersama keluarga pada penghujung video tidak lagi diselitkan. Sekali gus membuatkan ramai penonton berasa sedikit terkilan.

“Welcome back sis! There is no perfect situation in life, we are all on a journey. Keep your heads up high, stay positive and do what you do best.”

RAMAI YANG BERI KATA-KATA SEMANGAT

Melihat kepada reaksi warganet, rata-rata memberi sokongan positif kepada YouTuber berkenaan agar tampil bersemangat di masa depan. Mereka sempat menitipkan pesan bahawa tiada apa yang sempurna dalam kehidupan.

Tambah netizen lagi, mereka mendoakan yang terbaik buat hubungan Pavithra dan Sugu bagi mencapai kejayaan bersama-sama di masa depan.

Kesimpulannya, sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Semoga pasangan suami isteri ini terus positif dan kekal aktif dalam membuat perkongsian masakan di masa hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here