Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kisah pelakon muda Alya Iman yang juga anak gadis kepada Allahyarham Azmil Mustapha semakin mendapat perhatian di mata peminat. Awalnya kelibat pelakon remaja ini sedikit tengelam kerana sangat jarang muncul di kaca TV.
Namun setelah kisahnya yang bertunang dengan lelaki berstatus suami orang, namanya mula melonjak naik. Dan mengikut carian di google dia antara tertinggi dan trending dalam kalangan peminat sejak akhir-akhir ini.
Mungkin ramai mula ingin tahu disebalik kehidupan sebenar Alya yang digelar sebagai mata duitan dan juga perosak rumah tangga. Belum reda kisahnya bersama suami orang, terbaru Alya mengaku sedang hangat bercinta dengan duda anak dua yang dikenali sebagai Ridhwan Rosli.
Pelbagai kisah buruk yang dikaitkan dengan Alya, akhirnya Ridhwan tampil bersuara menceritakan sifat sebenar kekasihnya itu. Dia sangat tidak bersetuju dengan dakwaan sebilangan netizen tentang Alya mata duitan atau kaki kikis.
Tambah Ridhwan, kekasihnya itu merupakan seorang gadis yang sangat bersederhana. Malah telefon bimbit yang digunakan bukan lah model terkini, tidak seperti artis-artis lain.
Biar pun telefon Alya sudah pun rosak iaitu mengalami keretakan pada bahagian paparan antara muka, namun pelakon remaja berkenaan masih selesa menggunakannya.
Bertanyakan bagaimana mereka boleh berjumpa, Ridhwan memberitahu yang pelakon tersebut mula bekerja di sebuah syarikat swasta pada Jun lalu untuk menampung kehidupannya.
Sejak dari situ mereka berkenalan dan mulai rapat. Buat masa ini, Ridhwan dan Alya masih lagi belum berbincang ke arah fasa perkahwinan memandangkan kedua mereka pernah melalui kegagalan dalam hubungan terdahulu.
Walau bagaimanapun, kedua-dua anak Ridhwan dapat menerima Alya dengan baik dan sangat menyanyanginya.