Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Najib Razak Didapati Bersalah Atas Kesemua 7 Pertuduhan, Gagal Buktikan Kes Melampaui Keraguan Munasabah

Hari ini merupakan sejarah baru yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia berkaitan dunia keadilan dan undang-undang mahkamah Negara. Hal ini berkaitan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.

NAJIB RAZAK DIDAPAI BERSALAH ATAS KESEMUA 7 PERTUDUHAN

Sejak dari awal pagi, perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikerumuni oleh pengamal media dan juga penyokong ahli parlimen Pekan berkenaan yang turut sama hadir untuk memberi kata-kata semangat.

Dalam perkembangan semasa, sebentar tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mensabitkan Najib Razak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan melibatkan jumlah wang diseleweng RM42 juta.

PIHAK PEMBELAAN GAGAL MEMBUKTIKAN KES MELAMPAUI KERAGUAN MUNASABAH

Menurut Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, keputusan yang dibuat selepas dia berpuas hati mendengar dari pihak pembelaan yang gagal membuktikan kes melampui keraguan munasabah.

“Kesimpulannya, dalam penghakiman saya, setelah mempertimbangkan semua bukti yang dikemukakan di mahkamah ini, saya dapati pihak pembelaan tak berjaya membantah anggapan mengenai keseimbangan kemungkinan atau menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan dibawah Seksyen 23 (1)” – Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Sumber: Facebook Bernama

Menurut laporan daripada Bernama, Najib didapati bersalah ke atas semua 7 pertuduhan yang dibacakan yang membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenanyah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC ketika dia memegang jawatan Perdana Menteri.

SRC International Sdn Bhd merupakan bekas anak syarikat 1Malaysian Development Berhad (1MDB) yang kini sudah pun diletak di bawah Kementerian Kewangan Negara.

Kongsi artikel ini: