Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cerita Lama Belum Reda, Kini Hangat Cerita Baru! Alya Iman Mengaku Bercinta Dgn Duda Anak Dua

Nampaknya kisah peribadi membabitkan pelakon remaja iaitu Alya Iman masih belum reda. Kisahnya sebelum ini dikaitkan dengan lelaki berstatus suami orang menjadi bualan hangat peminat gara-gara tindakannya seolah-olah pilih jalan mudah untuk hidup mewah.

Pelakon remaja berkenaan mengakui sudah pun bertunang dengan suami orang terbabit pada 27 Februari lalu namun memilih untuk memutuskan pertunangan sebulan kemudian dengan alasan menghormati si isteri yang tidak merestui hubungan kedua mereka.

HANGAT SEDANG BERCINTA DENGAN DUDA ANAK DUA

Terbaru, muncul pula kisahnya bersama seorang jejaka di mana gambar mereka berdua mula bertebaran di media sosial. Enggan menerima tomahan, akhirnya Alya tampil mendedahkan bahawa individu terbabit merupakan kekasih barunya.

Difahamkan teman lelakinya itu merupakan seorang duda dan mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu. Namun buat masa ini, Alya lebih selesa untuk tidak berkongsi lebih lanjut maklumat berkaitan jejaka yang berjaya menambat hatinya itu.

“Ya betul dia adalah teman lelaki saya. Nama dia Ridhwan Rosli.”
“Dia sudah mempunyai dua orang cahaya mata iaitu seorang anak perempuan berusia lima tahun dan seorang anak lelaki, tiga tahun hasil daripada perkahwinan sebelum ini.” Memetik kenyataan Alya kepada Astro Gempak.

AKAN MAKLUMKAN JIKA ADA PERANCANGAN UNTUK BERKAHWIN

Dalam pada masa yang sama, Alya belajar dari kesilapan lalu di mana tidak akan menyembunyikan apa-apa perkara berkaitan kisah hidupnya jika mereka mempunyai perancangan untuk membina rumah tangga.

“Kalau ada rezeki dan kalau ada yang dikongsikan saya akan kongsikan. Sekarang ini terlalu awal untuk kata apa-apa.”
“Saya akan cuba untuk keep it personal tentang hubungan saya dengan Ridhwan.” Tambah Alya lanjut.

SEHINGGA KINI INSTAGRAM KENA SERANG DENGAN MAKCIK BAWANG

Sehingga saat ini Alya Iman masih menerima tomahan dari netizen susulan perbuatannya yang dilihat bagai tidak sedar dengan hakikat sebenar. Lihat sahaja ruangan Instagram pelakon berkenaan yang menerima bermacam-macam komen dari peminat.

Rentetan itu, akhirnya semalam Alya akur dengan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi IG Story agar kisahnya tidak lagi berlarutan.

Kongsi artikel ini: