Sejak akhir-akhir ini, nama anak gadis Allahyarham Azmil Mustapha iaitu Alya Iman menjadi buah mulut peminat gara-gara tindakannya yang sanggup gadaikan diri demi meraih kesenangan dengan cara mudah.

Pelbagai versi mula timbul berkaitan pelakon remaja ini. Alya dilihat hidup dalam keadaan serba mewah biar pun dilihat sendu dalam bidang lakonan akhirnya kantoi apabila isteri kepada bekas kekasihnya menceritakan satu per satu apa yang berlaku.

Tidak menafikan dakwaan tersebut, malah Alya tampil memberitahu umum yang dia sebenarnya sudah mengikat tali pertunangan dengan lelaki yang dimaksudkan namun mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan tersebut sejurus mengetahui isteri pertama tidak memberi izin.

Setuju Terima Sebagai Isteri Kedua! Alya Iman Perjelas Selepas Dikaitkan Sebagai Perampas
BEKAS KEKASIH ALYA TAMPIL BERSUARA

Terkesan dengan kisah Alya ini adalah bekas teman lelakinya yang dikenali sebagai Mahathir Mohd. Pelbagai tomahan yang dilemparkan oleh masyarakat dengan menyerang media sosialnya.

Manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan Mahathir sudah pun kesal dengan kejadian lalu terutama membabitkan hubungannya bersama Alya Iman. Bukan sekadar omong kosong, lelaki berkenaan telah pun membuat permohonan maaf melalui IG Live.

Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat oleh Mahathir ditujukan kepada isteri tercinta, Penny Salman, ahli keluarga dan juga anak-anak.

“Saya menyesali dengan apa yang berlaku. Kita semua manusia yang tidak lari dari buat silap jadi saya mohon maaf kepada isteri, keluarga dan juga anak-anak.”
“Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan rumah tangga saya. Terima kasih juga yang mendoakan baik-baik kepada saya.” Ujar kesal Mahathir.

TINDAKAN UNDANG-UNDANG BAGI MEREKA MELAMPAUI BATAS

Dalam pada masa yang sama, Mahathir menitip pesan kepada segelintir netizen yang meninggalkan komen melampau agar tidak melebihi batas. Jika dia mendapati ada individu berbuat demikian, maka tindakan undang-undang akan menyusul.

Mahathir dan juga pihak guamannya kini sedang dalam membuat pemerhatian segala komen nista yang ditinggalkan oleh netizen di akaun Instagram miliknya.

Kesimpulannya, masyarakat dinasihat supaya menegur dengan cara berhemah agar mudah diterima oleh orang lain. Jangan disebabkan sepotong ayat, kelak diri yang merana.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here