Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Gadis Tinggal BF Kerana RM20K, Bros Gang Buat Pengakuan Disebalik Cerita Sebenar Yg Ramai Tak Tahu

Kaum lelaki dan wanita memiliki baik buruk tersendiri. Yang penting adalah kesedaran diri dalam mengawal hawa nafsu. Dewasa ini, mula timbul banyak perkara berkaitan wanita yang disifatkan sebagai kaki kikis.

VIDEO GADIS TINGGALKAN KEKASIH KERANA RM20K JADI FENOMENA

Duit dan harta menjadikan mereka gelap mata dan sanggup meninggalkan kekasih hati demi orang lain. Membongkar kisah ini, satu kumpulan yang dikenali sebagai Bros Gang ada merungkai kesetiaan seorang wanita.

Pada minggu lalu, video mereka hebat dikcam netizen kerana disifatkan sengaja merendahkan martabat wanita. Video berkenaan berkisarkan seorang gadis yang sanggup tinggalkan teman lelaki hanya kerana ditawarkan RM20,000.

Sejurus video berkenaan mendapat perhatian, pelbagai kisah yang keluar melibatkan keluarga si gadis. Tak kurang hebatnya ada artikel yang menyiarkan gadis berkenaan kemurungan kerana dia dan teman lelaki sebenarnya hampir untuk bertunang namun ranap akibat Bros Gang.

HANYA LAKONAN SEMULA, BERDASARKAN KISAH BENAR

Bros Gang akhirnya tampil dalam satu video terbaru mereka dalam memberi keterangan sebenar di sebalik video ke-4 wanita curng terbabit. Bros Gang mengakui bahawa video berkenaan sebenarnya adalah lakonan semula berdasarkan kisah benar yang didengari oleh pihak mereka.

Dalam pada masa yang sama, mereka memberitahu bahawa segala video yang dimuat naik hanya sekadar hiburan semata-mata tetapi berkisarkan kisah benar. Mereka turut mendakwa bahawa masyarakat terlalu cepat membuat andaian sehingga ada pihak mengambil kesempatan dengan mereka kenyataan palsu mewakili gadis terbabit.

NETIZEN LUAH RASA KESAL, AWALNYA CLAIM VIDEO BENAR-BENAR TERJADI

Secara tidak langsung, dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Bros Gang ini sekali gus menimbulkan keraguan ramai pihak. Di rungan twitter, pengguna meluahkan rasa kesal dengan tindakan mereka yang berjaya menipu orang ramai sedangkan pada awalnya claim ia benar-benar terjadi.

Konklusinya, orang ramai dinasihat agar jangan cepat terpedaya dengan konten-konten video yang tular di media sosial kini. Kadang-kala lebih banyak unsur ftnah berbanding realiti sekali gus menimbulkan pemikiran toksik dalam masyarakat.

Kongsi artikel ini: