Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Rasa Bangga Ada “Cawangan” Baru! Bella Astillah Buka Mulut Krisis Pavithra Dan Sugu

Bermasam muka atau lebih tepat lagi salah faham dalam sesebuah rumah tangga adalah perkara biasa. Bukan mudah untuk setiap pasangan menerima baik buruk masing-masing biar pun di bibir sentiasa ungkap perkataan cinta.

Menurut kajian, setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga perlu mengambil masa selama tidak kurang dari 5 tahun untuk memahami antara satu sama lain. Tempoh ini satu tanda aras untuk setiap dari kita untuk terus kekal sabar dan tabah.

Bercerita mengenai dugaan dalam perkahwinan, baru-baru ini pasangan YouTuber masakan terkenal iaitu M. Sugu dan S. Pavithra telah mencuri perhatian ramai berikutan isu pergelutan mereka ketika di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

PEMINAT LABEL ISU PAVITHRA SEBAGAI “BELLA ASTILLAH 2.0”

Bagai manapun tindakan Pavithra yang memaafkan suami dan telah menarik balik laporan polis membuatkan netizen kurang bersetuju. Pelbagai suara sumbang mula diutarakan bahkan ada yang menyamakan isu Pavithra sama seperti kes Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Malah ada yang melabelkan Pavithra sebagai “Bella Astillah 2.0”. Tidak hanya mendiamkan diri, akhirnya Bella tampil bersuara, mengulas keadaan semasa tersebut.

RUMAH TANGGA JANGAN DIPANDANG REMEH, BANYAK PERKARA PERLU DINILAI

Melibatkan nama Bella dalam hal Pavithra membuatkan dia berasa sangat terkilan dengan sikap masyarakat kita yang terlalu cepat menghukum terhadap keputusan yang dibuat oleh seseorang, terutama public figure.

Menurut Bella, isu rumah tangga bukan hal remeh dan boleh buat keputusan secara suka-suka. Pelbagai aspek perlu diambil berat terutama melibatkan anak dan juga kedua-dua belah keluarga.

Tak semua keadaan akan berakhir dengan pencraian. Ianya bukan seperti bermain masak-masak, yang mana boleh tangkap muat. Dalam pada masa yang sama, Bella meluahkan rasa yang dia langsung tidak faham dengan kehendak peminat.

BELLA TAK FAHAM DENGAN KEHENDAK PEMINAT

Kadang-kala bila suami isteri bergaduh, mereka meminta untuk berfikir soal masa depan dan kebaikan anak. Namun selepas pasangan berbaik, dikatakan pula tak fikir panjang, disuruh pula untuk bercrai.

Tambah Bella, dia meminta agar pihak yang prihatin mendoakan sahaja perkara baik untuk Pavithra dan juga Sugu. Kita sebagai manusia bukan lah sempurna dan tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.

BANGGA DAH ADA CAWANGAN

Di akhir perkongsian, Bella sempat bergurau menyatakan yang dia bangga Bella Astillah dah mula ada cawangan.

“Saya bangga dapat tahu sekarang ‘Bella Astillah’ dah mulai ada cawangan.” Seloroh Bella.

Keseluruhannya, bukan mudah untuk kita menjaga hati ramai pihak. Jadi dalam sesebuah rumah tangga, nilai lah dengan mata hati sendiri dengan mengetepikan sejenak soal mulut netizen selagi mana ianya mampu membahagiakan diri masing-masing.

Kongsi artikel ini: